ceh..macam pg byk ari jek aku ni kan?pd hal pg 2hari 1mlm je..hehe
tp xpe akak citer je la..
hari kedua ni harap2 cuaca ok,pepagi,org2 umah sebelah dah bertandang ke rumah kami,meeting nak kemana lak hari ni,hujan turun juga pagi ni,tp alhamdulillah lepas tu hujan berhenti.
sumer dah ready,sarapan.. makan je apa yg ada kat umah, ada keropok ikan & crab ball yg aku bawa,abg ipar aku masak guna microwave je,tu pun kitorg bedal sampai abis gak,dah lapar apapun bole janji perut kenyang.
dah bersiap sedia utk meneruskan perjalanan,bergambar dulu sementara nak tunggu check out
adam yg semakin pandai nak bergaya
selepas check out kami pegi shopping dulu,cari2 apa yg patut utk dibawa pulang.
dalam sebuah kedai yg terdapat disitu,ada dijual pelbagai jenis pokok bunga,ada gak pokok cili kecik je pokoknya tp buahnya besar,comel jer,tengok aku tu,bukan nak mengada-ngada yer,tp terpaksa bergambar begitu hampir dlm setiap gambar bukan apa adrien dlm carrier tu,kalu aku ngadap ke depan mesti x nampak muka dia,jd terpaksa la akak senget sket,bg nampak muka dia,lgpun kalu amik gambar macam ni nampak la muka akak kurus sket..hehe kalu x bolat jek muka aku ni hah.
hari ni memang adrien duduk dlm carrier je,naik lenguh pinggang & tangan aku nih mendukung anak yg berat dah 6kg tu,tp xper akak kan gagah perkasa,hwah3..berjln punya pasal gagah la yer,kalu tak konpom xder nye.
percutian ni selain pegi dgn adik-beradik aku,ada gak bakal2 jadi family kami ikut sekali
adik aku manja dgn pasangannya afiq
dan adik aku dila dgn pasangannya haziron
hehe..kami mengalu-alukan kehadiran mereka,moga mereka cepat2 menjadi sebahagian dari family ini insyaallah,semoga Allah mempermudahkan jodoh mereka.
ini family kakak aku, baby carrier yg aku guna utk bawa adrien tu adalah turun-temurun dari anak kakak aku yg 1st si aliff tu sekarang umur dia dah 15thn,nah baby carrier itu juga berusia 15thn lah tp masih bole digunakan lagi,walapon pink kaler..ada akak kesah...
family adik aku,yg ni vogeh sket ok,nak turun ke ladang teh ni terlupa sunglases,sanggup patah balik pegi amik kat keta okeh,tengok la tu..vogue ke x? klu aku belum tentu la..
kakak aku yg no.2 yg ni belum bekeluarga
adeh citer pasal family lak..hehe tersasul..
sebenarnya jalan2 kat sini ok gak,cuma kami x banyak masa utk berjalan,lepas tengok souvenir,kami terus ke ladang teh,menurun bukit ke ladang teh penat aku tahan kaki utk brek takut tersungkur dn adrien,penat woo..
berhenti sekejap amik napas..somput akak
lepas tu apalagi sesi bergambar diladang teh je la.
ala-ala pelem hindustan lak,cumanya xleh nak bergambar berdua je,sbb mendukung anak.
penat2 pun kalu kamera tala kat kami sempat gak posing
2 org mummy vogeh..aku konon la vogeh sgt...
gaya 2 org anak buahku
penat panjat bukit,tp sempat lagi tengok kamera
melepaskan lelah sebentar sebelum perjalanan diteruskan.
kat ladang teh ni kami bergambar je,pastu kami ke kedai menjual teh.aku ingat nak beli teh je bagi kat kawan2 di opis,ye la aku pun xtau apa nak bg kat diorg harap2 diorg suka la minum teh.
kemudian perjalanan diteruskan kami singgah di bee farm tengok lebah & beli madu.
lebah di dalam sarang,risau gak aku takut disengat lebah ni
selepas itu kmi gerak utk balik,sebelum tu cari kedai makan kami singgah dikedai kat tepi jalan ada deretan kedai makan lama kami duduk,xder amik order pun,tnya2 rupanya kedai x buka lg,aik? dh pukul 1 xkan x buka lagi,kedai cina yg hujung tu buka pula,apala peniaga melayu nih.
balik tu kami amik keputusan utk cuba ikut jalan baru yg terus ke pahang,kebetulan lak nak antar adik aku balik janda baik,ok sgt la tu.
jalan turun dari cameron ni terus ke koyan,jalannya ok cantik sket dr tapah.perut dah berbunyi akhirnya kami berenti makan kat koyan je,lega perut dah di isi kami teruskan perjalanan,jauh juga perjalanan balik ni,maklumla kami nak terus balik shah alam,kalu balik pahang mungkin la dekat .sampai rumah dah dekat maghrib,alhamdulillah selamat juga sampai ke rumah.
hehe..aku yg keletihan memanjat bukit sambil mendukung budak tenit nih,sandar jap kat pokok menghilangkan kepenatan.
tu jer citer percutian kami yg x seberapa,tp sangat bagus dpt meluangkan masa bersama-sama keluarga,nanti bole gi jalan2 dgn family mentua lak,insyaallah.
mama aryan