Monday, 8 August 2011

best dapat makan

assalamualaikum & salam sejahtera

dah lama x menulis,hari ni nak citer pasal balik kg aritu.tunggu en.azmi balik dari keje dlm kul 3pm baru gerak balik kampung,cuaca mendung je,kadang2 hujan,sepanjang jalan hari tu banyak gak bertembung dgn kereta yg eksiden,bukan berlanggar tapi kebanyakkanna terbabas sendiri langgar divider(betul ke x aku eja ni?..maklumla aku ni bukan reti bahasa omputih ni,tp gatal tgn nak tulis gak) mungkin jalan yg licin dan kereta dipandu dgn laju..
dalam hati aku berdoa,moga perjalanan kami dipermudahkan.
alhamdulillah dalam kul 5.10pm kami sampai ke kampung,mak mentua & adik2 ipar sedang memasak didapur,mcm biasa aku menjengah seketika,lepas tu dah tatau nak buat apa,bukan xnak menolong tapi aku ni x reti nak menyampuk,nak bertanya "mak masak apa ni?" pun x terkeluar,pada hal aku ni terkenal dgn mulut yg becok,tp ntah la dgn family mentua aku jd segan lak,x boleh nak buat mcm biasa,pada hal dah hampir 3 tahun aku masuk dlm family ni,aku kah yg bersalah?eceh tanya lak..sebenarnya aku ni x reti nak bawak diri,tp x juga ada sesetengah org tu aku bole jer borak mcm biasa,nath la yg pasti aku pun x pasti..
apa2 pun makan untuk berbuka memang best lah,ada ketam masak lemak,ayam masak merah,sayur campur,ikan goreng & ada jantung pisang masak lemak..fuhh memang mabelles,peberet aku tuh,jantung pisang..buat rebus cicah sambal belacan pun layannnn...
sahur pun aku boleh ratah ketam sekor,ha kau biasa org sahur2 x lalu nak makan,aku xder nyer,konpom laju gak aku makan,mana berat x naik berkilo2...check up nanti tatau la bape berat aku,jgn terlebey sudaa..
padahnyer pagi tu perut aku meragam,apa taknyer,org bulan2 posa ni kurangkan makan pedas aku taram jugakk,mana bole,kalu xder pedas aku x selero nak makan.
ahad..lepas zohor siap2 utk gerak balik,perjalanan balik ok2 jer.sampai jer kami singgah giant sri muda,aku nak cari lauk utk dimasak nanti,bukanla utk berbuka nanti,tp utk esok,sebab berbuka hari ni makan free lagi, kami terus ke umah kakak aku kat jln.kebun lak,buka posa kat sana.
menu yg tersedia :
sotong sumbat,ketam masak lemak (lagi?...aku hentam jek),lala masam manis,udang serai,asparagus goreng belacan,hmmm..mmg sodap,sbb?aku tukang makan jer..hehe
lepas kenyang perut,solat maghrib..masa utk balik umah.apa yg pasti minggu ni adalah giliran diorg berbuka puasa di rumah aku lak,kena la aku fikir menu apa yg aku nak masak nanti,ada kawan2 yg suh masak nasi beriyani,diorg nak dtg buka puasa kat umah ahad nanti,alahai...mcm la makcik pandai sgt masak nasi beriyani tuh,tp kalu setakat nak makan tu bole la,tp sedap tu xder la,asalkan x kena cirit birit lepas makan masakan aku tu dah kira ok la...haha...

sape-sape nak dtg berbuka sila la datang

mama aryan

No comments:

Post a Comment