alhamdulillah aku telah selamat melahirkan hero keduaku adrien aryan bin azmi
meh akak nak citer saat2 sebelum kelahiran hero kedua ini.
khamis 8 dis 2011 - seawal 5.30am aku dah bangun,pinggang dah terasa sakit,perut pun sekejap2 mengeras,tp aku yg giler keje nih x peduli rasa sakit nih,aku tetap bersiap utk pegi keje.en.azmi sedikit bengang dgn aku sbb dia mmg suruh aku amik cuti awal sebelum bersalin.tp aku bertekad utk siapkan keje dulu sebelum bercuti. jadi hari tu aku tetap pegi keje,walapon aku terasa mcm ada contration berlaku,sampaikan merah mukaku menahan sakit,namun bagi aku xla sakit yg keterlaluan sbb aku masih boleh tahan.dlm sakit2 tu aku masih cuba siapkan keje apa yg patut.
dan pada ptg tu aku minta en.azmi tak balik lewat,kebiasaannya dia amik aku hampir2 pukul 7pm,tp hari ni aku minta dia blk awal,sbb aku tkt kang aku sakit sorg2 kat opis.kul 5.15pm en.azmi sampai..awal tuh.
balik tu kami x pegi cari makan mcm biasa,kami terus balik rumah jer,aku minta en.azmi bungkuskan je makanan utk malam nanti.sbb aku rasa nak duduk & berjalan pun dah x selesa.
malam tu sakit kerap terasa,aku tgk jam contraction agak kerap dlm 5minit sekali,tp aku masih xnak g spital,bkn apa aku xnak di check jln setiap masa..agak menyakitkan tuuu..
so mlm jumaat yg hening..eceh! tetiba lak yer..aku menyiapkan segala barang2 yg hendak dibawa ke hospital & aku suh en.azmi pegi kuarka duit sebagai persediaan,mana tau mlm ni nak kena masuk wad,jd perlu sediakan duit deposit.
memandangkan malam itu malam jumaat,aku amik kesempatan utk membaca yassin mohon moga segala urusan dipermudahkan,walapon x mudah utk aku membaca yassin dlm keadaan sakit begitu,aku ttp teruskan,debaran juga sangat kuat terasa,opcoz berdebar2 bak kata org,sakit utk melahirkan itu antara hidup & mati..hehe betul ker?
makan malam tu,dah x selera aku rasa,aku makan sikit jer,lepas tu baring tengok t.v sekejap,namun sakit masih terasa,tp tanda2 darah @ air ketuban pecah xder lak,penat berbaring di sofa,aku naik ke bilik berbaring dikatil sambil cuba lelapkan mata.en.azmi masuk bilik tanya boleh tahan ke sakit? aku kata masih boleh tahan,kalu x tahan nanti aku bagitau.
pukul 2am aku terjaga dr tido,rasa sakit semakin kuat,aku kejut en.azmi,bgtau aku nak pegi spital sekarang,sebab aku dah x tahan rasa sakit.sebelum tu aku ke toilet membuang apa yg patut,masa ni aku tengok dah ada tanda2 darah.Kul 2.30am dalam kabus pagi yg hening dgn tiupan angi sepoi2 bahasa kami menuju ke demc s.alam,sesampai di demc sunyi jer,pesakit lain xder masa kami ke kaunter,penjaga kaunter pun dok berselimut kesejukan,aku ckp nak bersalin.staff tu kata dia akan bawa kami ke labour room ditingkat 2,dia suh aku guna wilca (wheelchair)dan dia tolak aku ke ting.2,alamak dik! akak masih bole jalan la.masuk labour room,ada sorg nurse dah bersedia disitu & col doc norleen,aku disuruh tukar baju..eh2 dah nak bersalin ker,aku berbaring dikatil,nurse check jalan.dan sgt mengejutkan,nurse tu ckp jln dah buka 8cm,
alamak dah dekat nak bersalin,debaran kian terasa,aku nak buang air kecil pun nurse tu x bagi aku turun dari katil,dia yg bantu aku buang air kecil..
doc norleen sampai,aku lg berdebar,dia check jalan & kata dah bole bersalin tp air ketuban belum pecah,doc cuba pecahkan,akhirnya pecah juga.doc kata tunggu ada contraction pastu boleh push,aku sempat tgk jam dah pukul 4am.kali ni memang aku terasa bgimana rasanya utk melhirkan seorg insan kedunia,sbb masa adam dulu aku diberi epidural hingga aku x terasa saat2 utk bersalin,sehinggakan doc terpaksa gunakan vacuum.
xtau mcmmana nak gambarkan perasaan saat2 melahirkan tuh,yg aku tau aku cuba push,nurse siap sediakan air bg aku minum,pastu try push lagi,en.azmi tolong sapu peluh ngan airmata aku.akhirnya hampi 20minit lahirlah seorg insan kedunia ini,aku dpt lihat saat anak aku ditarik keluar dgn tali pusat tg berjuntaian,dgn keseluruhan badan bayi yg bagai disaluti tepung doc tunjuk kat aku sebelum nurse amik utk dibersihkan, kemudian doc keluarkan uri,pastu sesi menjahit,aku xtau la bape jahitan yg kena,aku tgk jarum ubat bius,kemudian terasa jarum & benang yg menjahit,namun dah x terasa apa selain dr rasa syukur & lega kerana sumer dah selamat.
adrien aryan azmi telah selamat dilahirkan pada pukul 4.21am dgn berat 3.21kg
alhamdulillah..syukur kupanjat kehadrat Ilahi dgn kurniaan yg x terhingga ini..
nanti bersambung lagi,kalu ada masa aku nak menulis lagi,,,
mama aryan
Tahniah kak lah.. Alhamdulillah semuanya selamat. Pengalaman yg tak dpt dilupakan.. Hehe.. ira belum merasa lg pengalaman tu..
ReplyDeletetq ira..tq juga dtg melawat hari tu, insyaallah nanti tambah baby lagi moga2 ira dpt bersalin normal lak
ReplyDelete