Monday, 20 February 2012

cameron highland hari pertama



assalamualaikum & salam sejahtera

sabtu & ahad lepas family aku pegi bercuti ke cameron highland.percutian ni x dirancang sgt pun.itpun idea adik ipar aku yg ajak kami g cameron.jadinya kakak & adik aku cuba tanya rumah bank ada kosong tak.alhamdulillah waktu yg kami nak pegi tu ada kosong,jadi kami pun pegi la bercuti ke tanah tinggi,percutian yg sejuk ala2 tiupn angin sepoi2 bahasa gitu.
kami gerak dari umah aku,ikut tapah.dlm perjalanan sebelum hentian behrang keta abg ipar aku ada problem,
nasib baik dia pomen,jadi dia repair sendiri keta tu.
ingatkan dpt la sampai awal sikit,tp sebab masalah tu kami sampai dah tengah hari.
anakku si adrien ni sepanjang jalan tido je.bangun utk minum susu je..tengok ni

sejuk ati aku tengok dia tido.damai je..

satu lg problem..cuaca hari ni mendung & hujan je.
sampai je kat tanah rata kami check in kat royal lilly apartment,rumah bank rakyat,sedikit untung disini yer sbb kakak ngan adik aku keje bank rakyat,jadi diorg amik 2 rumah,mmg best la utk family besar aku ni,1 umah ada 3 bilik,ruang tamu pun ada byk sofa,jd adik2 aku yg bujang tido atas sofa je.


sewaktu sampai di royal lilly apartment,penat woi panjat tangga,walapon ke tingkat 2 je.


sofa yg ada mmg selesa,bole lepak2,borak2 & gosip2 lg.

lepas check in acara diteruskan dgn mencari makanan,almaklum la perut dan berkeroncong minta diisi,so jalan2 cari makan,cari kedai makan susah jd kami makan kat marybrown jek

 nasi lemak marybrown kot hentam je la janji perut kenyang.

org sibuk makan,adrien ni tetap layan tido,elok la dik,sonang omak kau ni nak mencekik.kot tak kang tercekik2 mak kau nak makan.

dah kenyang perut apalagi jalan2 la,kami pegi kutip strawberry,bayar rm20 utk 2org masuk utk kutip strawberry setengah kilo.
hasil kutipan adikku,x tengok yg laki akak kutip penuh sebekas,lebih setengah kilo,gambar xde yer sbb dia hilang ntah kemana,aku nak amik gambar pun susah,adam jgn citer la org dok kutip strawberry dia dah makan 5biji buah tu,suka sgt dia.
sebenarnya hujan turun agak lebat masa kami tengah kutip buah strawberry ni,adrien aku letak dlm baby carrier je,dia terlentok tido senang omak kau,tp penat la aku,6kg tu,lenguh tangan ngan pinggang aku ni ha ..
dh la ladang strawberry ni mcm lereng bukit je,lenguh kaki aku ni terbrek2 takut menggelongsor.
sesudah puas mengutip strawberry yg laki akak kutip terlebey sudh tu,mujur x kena bayaran tambahan sbb kakak & adik aku kutip x cukup jd buah yg dikutip oleh en.azmi tu diagih2kan dlm bekas diorg,kalu x kena tambah rm8.tu la masa mengutip tu sedap jek,tengok buah besar2 sumer nak diamiknyer,tp yg buruk pun adaa gak dia kutip..memang la.
pastu jalan2 tengok souvenir,beli sket2 jek.kemudian kami ke pasar malam brinchang nak cari makanan,aku cuma tunggu dlm keta dgn adrien sbb hujan lebat,lgpun adrien tgh tido,takut gak dia terjaga,lgpun aku takut dia demam nanti kalu kena hujan,walapon aku dah bawa segala ubatan ye la sbg persediaan takut anak2 demam je.
malam tu xder apa yg dibeli dipasar malam,jadi kami masak nasi,goreng ikan pekasam yg aku bawa dari rumah,ye la kat sini bole memasak yer,cuma lauk je kami beli dh siap,ingatkan beli dah banyak tp lauk x cukup lak,aku pun x sempat nak makan.
disebabkan x cukup kenyang adik2 aku goreng kopok lekor yg aku bawa juga dari rumah,hehe..ada gunanya juga apa yg aku bawa maklumla cuaca sejuk buat kami cepat lapar jer.
hari pertama itu jer aktiviti kami,yer la smpai dh agak lewat cuaca pun x berapa nak mengizinkan,lgpun kami xtau nak kemana main redah je,sudahnya malam lepak je,kedai2 kat sini pun tutup awal.
layankan gambar2 dihari pertama

 berlegar2 dikawasan parking sebelum masuk rumah



menjamu selera,betapa ramainya kami,sampaikan kawasan ni penuh dgn family kami jek hehe

disebabkan hujan,hari pertama x banyak sangat gambar yg dpt diambil.
citer akan dihari kedua akan bersambung bila aku ada masa nak menulis..hehe konpom esok aku tulis nih

sekian dulu

mama aryan

No comments:

Post a Comment