Monday, 4 May 2015

sagu gula melaka

Assalamualaikum...








kekadang rasa teringin nak makan...gigih mama buat sendiri

bahan-bahan yang diperlukan :

sagu
santan kelapa
pewarna hijau (mama guna daun pandan untuk warna hijau)
gula melaka
sedikit garam
gula

Cara membuatnya :

masakkan sagu bersama air daun pandan (daun pandan tu blender dahulu dan ditapiskan).
Masak sehingga putih-putih biji sagu tidak kelihatan lagi. setelah masak ketepikan.

Masakkan air gula melaka bersama santan,tambahkan sedikit garam dan gula, sesuaikan kemanisan mengikut citarasa.

masukkan sagu tadi ke dalam bekas, mama masukkan dalam cawan macam gambar diatas.kemudian tuangkan santan yang telah dimasak bersama gula melaka tadi.

Wassalam

Sunday, 26 April 2015

ayam masak halia

Assalamualaikum...

Masakan yang dah lama mama masak, tapi takpe mama kumpul kat sini je boleh jadi panduan juga buat anak-anak mama ye...




bahan-bahan :

5 ketul ayam (potong ikut kesesuaian)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
5 biji cili padi garam
2 sudu sos tiram
1 biji tomato
3 helai daun bawang
garam

Cara memasak :

bawang merah,bawang putih dan halia dihiris nipis
cili padi dibelah dua
tumis bahan-bahan tersebut sehingga naik bau,masukkan ayam,goreng sebentar kemudian masukkan sos tiram,bila dah hampir masak masukkan buah tomato dan daun bawang,
tutup api, masukkan garam sesuaikan ikut citarasa.

Wassalam



Tuesday, 7 April 2015

sotong goreng tepung

Assalamualaikum....

Antara lauk yang menjadi kegemaran anak-anak mama.



Cara mama buat pun mudahnya,macam biasa mama memang masak ikut cara mama je hehehe
memang tengok resepi tapi kalau bahan takde mama tak masukkan,mama guna apa yang ada sahaja.

untuk sotong goreng tepung ni.bahan-bahan yang mama guna :

sotong
tepung gandum
telur
garam
lada sulah

cara membuatnya :

sotong dibasuh bersih dan dipotong - cara potongan ikut suka hati mama buat bulat-bulat je.
kemudian celup sotong didalam telur yag telah dipukul bersama garam dan lada sulah.
setalh itu angkat dan gaulkan pula didalam tepung gandum,
kemudian boleh lah digoreng sesedap rasa.

Wassalam



pulut mangga

Assalamualaikum...

Tetiba en.azmi minta buatkan pulut mangga,mama ni dah lah tak pernah buat pun pulut mangga tu,main agak-agak je masa membuatnya tu.Nak bawa ke pondok rukun tetangga katanya.

Gigih jugalah mama memasak ye..hehehe macamlah gigih sangatkan,biasa-biasa je,buat pun ikut suka hati sendiri je...

bahan-bahan yang mama guna :

mangga
pulut
santan
garam
gula

cara membuatnya pun mudah aje,
pulut tu mama kukus dulu,santan mama panaskan sekejap,masukkan gamram dan gula sebagai perisa.. siap untuk dimakan.

Mangga tu potong-potong la ikut suka pastu letak dalam pinggan bersama pulut tuanglah santan tadi,
sedia untuk dimakan.





Wassalam


Sunday, 5 April 2015

oreo nutella chesse cake


Assalamualaikum.....

Menyambut kedatangan adik-adik ipar,mama merajinkan diri untuk membuat kek..hehehe bukannya payah pun kan tak perlu nak membaking ke apa.gigih mama membuat kek,adik-adik sampai malam di rumah mama,mama pun dah tertido tak sedar diri hahaha...teruk sungguh la,tapi mama dah siap sediakan awal-awal lagi tempat tido untuk mereka,kemas apa yang patutlah kan malu pulak,adik-adik tengok rumah macam tongkang pecah..



Inilah kononnya yang gigih sangat mama buat tu... senang sangat nak membuatnya kan..

meh mama kongsi resepi kat sini,kot-kot ada yang rajin nak buat, mama tak pandai sangat ye,semua mama masak ikut suka hati mama je,lagipun mama masak cuma untuk anak-anak dan family je,kadang-kadang je terbabas buat untuk orang lain.

Bahan-bahan :

biskut oreo
cream chesse (mama guna tatura)
nutella
susu pekat manis
buttercup

Cara membuatnya :

Hancurkan biskut oreo (agak-agaklah banyak mana untuk buat based cake tu)
Buttercup dicairkan. kemudian gaul biskut oreo hancur tadi dengan buteercup yang telah cair.
Masukkan kedalam bekas tekan@padat2kan (ketebalannya ikut sukalah ye.

Cream chesse dipukul dan dibahagi dua,sebahagian dicampurkan dengan dua sudu nutella dan sebahagian lagi dicampurkan dengan oreo.

Setelah selesai tuangkan bancuhan tadi keatas oreo yang telah dipadatkan tadi.terpulang samaada nak isi yang nutella dahulu atau oreo dahulu,macam mama tu,mama letak nutella dulu baru oreo, diatasnya mama taburkan oreo yang telah dihancurkan (konon-konon kretip la tu..hehehe).

Wassalam

Wednesday, 1 April 2015

oreo chesse cake


Assalamualaikum...




oreo chesse cake lagi...ini mama buat untuk jamuan dekat opis hari tu.
Alhamdulillah..habis licin kek nih,sedap tak sedap belakang cerita yang penting habis kan...

Kalau nak resepi ada dah mama share sebelum nih.. kat sini

Wassalam

Monday, 30 March 2015

choc lava wif ice cream


Assalamualaikum...

Ekoran dari makan di Kenny Roger's hari tu, anak-anak suka,
en.azmi pun minta mama buatkan untuk anak-anak..
siap tolong google resepi dan cara untuk membuatnya tu...
okeh marilah kita buat..
Dapat pula resepi yang mudahkan, meh mama tepekkan resepi kat sini ye

Bahan2 :

5 sudu besar buttercup
1 bar cooking choclate
3biji telur saiz besar
3 sudu besar gula
3 sudu besar tepung
2 sudu kecil serbuk koko
secubit garam

Cara membuat :

Cairkan mentega dan coklat bar dengan kaedah double boiler
Pukul telur dan gula hingga larut.
masukkan adunan coklat panas tadi ke dalam adunan telur hingga sebati
masukkan tepung,serbuk koko dan garam

Tuang adunan ke dalam ramekins @ apa2 bekas seumpamanya, bakar pada suhu 200 darjah selama 13minit sahaja.

Ok itu je cara nak membuatnya..

Hasilnya....



rupanya takdelah menarik sangat tapi alhamdulillah anak-anak suka sangat...

Wassalam