Monday 2 April 2012

bila mama memasak...



assalamualaikum & salam sejahtera

sekarang ni balik keje nak memasak senang la sikit en.azmi dah ada kat umah, kalu x maunya aku bersilat hari2, mana nak masak,nak layan kerenah adam,nak menengok si kecik lagi.
sekarang ni kadang2 terkejar2 gak bila memasak,sbb kekadang en.azmi bawa adam round2 taman,lepak kedai ngeteh..tinggalla aku ngan si tenit tu kat umah,tengah masak kat dapur pastu lari2 ke depan tengok anak, yer la adrien dah terer meniarap takut lama2 kang letih lak dia,tu pun kadang2 aku tengok dia dah tertonggeng2 kat atas toto tu..sian tenit kena tinggal,nanti dah besar papa bawa dua2 org naik moto round taman yer, gi kedai minum milo, makan roti pisang ( en.azmi kata menu tu peberet adam setiap kali ikut en.azmi pegi minum )

aktiviti anak ngan apak semasa mama memasak


 adam dengan keta dia la..org nak amik gambar mula sengetkan kepala dia( nanti adam besar tengokla kerenah adam masa kecik ni yer)

 papa ngan adrien depan tv


 adrien masih batuk2 lagi,dah seminggu lebih x hilang2 lagi,tp dah berkurang sikit la batuknya

 budak tenit yg bolat ini,rasa nak geget2 pipinya, kalu digeletek lehernya mengekek dia gelak

 dua beradik dah berbaring kat papa,peningla kepala papa melayan

 senyum abg adam,adik baring atas dia

melayan anak2 tengok upin & ipin...
kualiti gambar mmg x cantik la guna kamera murah je,tp xpe asalkan bole tengok.


mama aryan

Sunday 1 April 2012

edisi bajet ciput selera besar



apa punya tajuk entri la aku ni..

last week ajak en.azmi balik kg.dia kata dia sibuk,jd aku pun plan la dgn adik2 aku nak g imigresen kat pkns.
so,pepagi sabtu kami gerak ke pkns,hangkut anak beranak sumer,sampai dkt kul 9am amik gambar isi form,sekali adik ipar aku kata no.giliran dah abis,xleh nak buat apa la.lengkapkan form jer la,pastu g breakfast & melilau2 dulu dlm pkns tu sbb nak tunggu kakak aku yg dari kg.baru tu sampai ke stesen s.alam dgn komuter.

mak yg teruja nak g imigresen,sampai si kenit ni pun kena bangun awal pagi n mandi,nasib baik dia ok.
masa amik gambar pun ok cuma tangan mak lenguh  pegang dia masa nak amik gambar tu,adam ok lg bole kontrol ensem..hehe cuma memula je nak sengetkan kepala dia juga.

pekerja kat imigresen tu kata,hari ahad pun buka,jadinya hari tu,kami balik je rumah selepas kakak aku sampai.
petang..

sesi memasak lak.macam terer jek aku nih..antara menu yg aku masak

sotong goreng tepung,kakak aku ckp sedappp..wah kembang jap lobang idung aku yg dah sedia kembang nih hehe..

siakap sweet sour..nampak kecik je ikan tu kan? sebab aku dah potong dia,maklumla family besar,kena buat dua hidangan,tp sbb beli sekor jek ikan nih terpaksala dipotong dua bahagian.
mesti sedap juga sebab abis licin diorg makan..puji diri sendiri disini, sila jgn muntah ye kengkawan.
pada hal ikan sekor mana nak cukup makan ramai2. sampai luka jari aku masa membersihkan ikan ni,hingga hari ni pun masih terasa sakitnya lg..tp berbaloi sakit sebab diorg makan dgn berselera

butter prawn,yg nih adik aku yg masak,hampir nak hangit dia nyer butter apa xnya tengah masak anak dia nangis2 nak susu lak,kalut2 sgt terus terhangit sikit,tp tetap licin.

ini sup sayur aku,nak tunjuk gak walhal ni sayur malam sebelum tuh..hehe, makan wajib ada sayur,tp tengahari tu aku x amik gambar sayur yg aku masak tu.

senang aku nak memasak hari tu sebab ada bibik jaga adrien (haha tau dek kak aku ngamok dia aku panggil bibik)
kak aku yg sulung,anak2 buah apalagi sibuk berinternet la,nak lak guna unifi skang ni laju la..

anak2 dara yg sedang sibuk menghidang nasi,makan berhidang kat bawah je,nak berkerusi meja haruslah x muat.
adik aku tetengah makan sakit perut,sebelum ke toilet sempat lagi dia amik lauk simpan utk dia, sbb lepas dia turun sumer lauk dah licin,nasib baik dia simpan kalu x maunyer makan nasi kosong je dia...

malam xder apa2 aktiviti.anak2 pun x bape sihat sumer tido awal.

ahad..kami bangun awal2 pagi,sesudah subuh keluar umah, sebelum kul 8am dah sampai ke imigresen pkns tu,tp org dah ramai beratur,harap2 dpt la no.giliran hari ni,alhamdulillah dapat sumer,cuma adik aku yg bongsu tu x dpt buat,kami lupa dia bwh 18thn,kena penjaga dia yg dtg,pastu kena bawa sijil mati mak ngan ayah sama,jadi haritu x siap la passport adik aku tu,kami yg lain sumer settle,xpe nanti bole buat lagi..haha bat passport bagai mcm nak gi bercuti jejauh je kan,aku xtau la jadi ke x plan aku nih,aku nak bw anak aku jejalan (ni lah nama percutiannya : edisi bajet ciput selera besar..hwah3..apak ngan anak2 xder la beria pun,aku yg paling beria skali,xper kalu jadi nanti aku post gak kat blog aku yg x seberapa ni,tp buat masa nih biarlah rahsia..bak kata siti nurhaliza ).

lama gak la nak tunggu siap dari sebelum kul 8am kami sampai,hingga kul 12 baru siap kaminyer passport tu.
tp ok la dah siap tu lega rasanya..harus kumpul duit lebih2 lepas ni nak bawa anak2 gi jalan2 hehe... impian aku utk anak2 ntahla terlaksana ke tidak..insyaallah akan berusaha utk anak2.

wassalam

adikku eksiden



tengok keta macam org2 dlm keta ni sumer dah arwah rasanya,tp alhamdulillah Allah masih mahu mereka hidup lagi.

adik aku yg keje kat janda baik tu eksiden dgn kawan2 dia..dekat highway sebelum sampai ke genting sempah tu..mcm mana aku bole tau? tengok kat fb jek..

adoyai adik2 bikin sesak nafas akak2 jek,mujur xde pape 

tapi bertongkat juga la,ntah la laju sangat kot bawa keta sampai x sempat brek itu yg tercium montot treller tu
x pun nak test drive keta baru.

papepun syukur sumer selamat xder yg cedera teruk..


mama aryan