Wednesday 14 October 2015

butir nangko

Assalamualaikum...

Gara-gara tak cukup yang mama buat masa hari sabtu dan buah hati mama tak sempat nak merasa, kenalah mama buat lagi sekali pada hari ahad.

Tak sangka pula habis dan digemari pula oleh adik-adik dan anak-anak buah.


Cara membuatnya pun senang.

Bahan-bahan yang diperlukan :

Tepung pulut (banyak mana itu terpulang untuk berapa orang makan)
secawan air
pewarna hijau dari daun pandan @ pewarna segera
Santan
Garam
gula
2 helai daun pandan
sebuku gula melaka

Cara membuatnya :

Bancuh tepung puult bersama air dan pewarna hijau, uli sehingga menjadi doh.
Kemudian bentukkan seperti biji nangka.
Panaskan air, apabila mendidih masukkan tepung yangtelah dibentukkan tadi, setelah masak toskan dan masukkan kedalam air sejuk.
Didalam periuk yang lain masak santan, masukkan daun pandan, gula melaka dan garam sesuaikan rasa.
Setelah mendidih, masukkan butir nangka yang dimasukkan kedalam air sejuk tadi.

Sedia untuk dimakan panas atau sejuk...

Wassalam

Wednesday 7 October 2015

daging masak lomak cili api

Assalamualaikum...

Melayan tekak mama yang berpuasa, tak tahu nak masak apa sebenarnya, teringat ada sedikit daging dirumah, kata buah hati mama buat daging salai masak lemak sedap juga, mana mama nak menyalai nye...

dalam pada tu dok berbelah bagi, masak lemak atau kari daging?

sudahnya....


inilah hasilnya daging masak lomak cili padi mama..

Bahan-bahan yang mama gunakan :

5 biji cili padi ( ikut suka nak banyak mana, kalau suka pedas boleh tambah lagi)
1 inci halia
sedikit kunyit (agak-agaklah untuk warna)
1 batang serai (dititik)
sebijik kelapa parut (diambil santannya)
garam secukup rasa

Cara membuatnya :

Halia,kunyit dan cili ditumbuk halus ( mama memang tidak menggunakan bawang untuk masak lemak cili padi ye, sebab kurang sedap bagi mama)
Satukan bahan-bahan yang telah ditumbuk dalam periuk, masukkan santan.
kemudian masukkan daging, selepas seketika masukkan kentang, masak sehingga daging dan kentang empuk.
perisakan dengan garam...tutup api dan sedia untuk dimakan,

Wassalam

Wednesday 26 August 2015

kit kat bites stoberi coklat kek

Assalamualaikum...

kek ni mama buat sempena hari lahir anak dara mama yang ke 2 tahun. mama buat untuk makan bersama kawan-kawan di taska sahaja.



bahan-bahan yang mama guna :

untuk lapisan bawah :

Biskut marie (dikisar halus)
buttercup (dicairkan)

bahan untuk kek :

1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu baking soda
1 sudu soda bicarbonate
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
4 biji telur

bahan untuk toping :

sedikit coklat bar (mama agak-agaknye nih)
sesudu butter
sedikit susu cair (agak-agak juga)

Hiasan lain :

strawbery
kit kat bites

cara membuatnya :

lapisan bawah gaulkan biskut marie yang sudah dikisar tadi bersama buttercup yang telah dicairkan.
masukkan kedalam loyang, tekan-tekan sehingga mampat, masukkan sebentar ke dalam peti sejuk.

serbuk koko, minyak masak dan susu pekat manis dimasak didalam periuk menggunakan api yang sederhana, mama masak dengan cara double boiler je..dah semua sebati..ketepikan.

tepung diayak bersama dengan soda bicarbonate dan baking soda.

pukul telur sehingga kembang,masukkan esen vanilla kemudian masukkan campuran serbuk koko, minyak masak dan susu tadi, setelah itu masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit, bila semua telah sebati tuangkan kedalam loyang yang telah diletakkan biskut marie tadi dan kukus selama 1 jam atau sehingga masak.

Dah selamat pun mama bagi kek ni dekat taska pagi tadi, harap-harap anak-anak ditaska sukalah dengan kek yang mama buat nih..

Wassalam



Sunday 24 May 2015

spaghetti meat ball


Assalamualaikum...

Jamuan di ofis mama baru-baru ni sempena dengan majlis perpisahan seorang rakan yang dapat bertukar ke putrajaya.

Majlis kecil-kecil sahaja,ada permintaan untuk mama masak spaghetti..wahhh seronoknya bila ada orang yang minta mama masak,terasa dihargai gitu dan terasa masakan mama tu sedap pulak,apatah lagi kalau sekejap je dah licin masakan yang mama masak tu...



inilah yang kawan-kawan minta mama masak.

Bahan-bahan :

1 biji bawang holland (dipotong dadu)
5 ulas bawang putih )diketuk dan dipotong kecil)
1 biji tomato (dipotong dadu)
500gm daging cincang ramly
meatball (ikutlah nak isi banyak mana...hehehe)

1 botol sos spaghetti (apa-apa jenama)
1 tin tomato puree
1 tin slice mushroom (jika suka,jika tidak letak pun boleh)

Cara membuatnya :

Tumiskan bawang sehingga naik bau.
Kemudian masukkan daging cincang,masak sehingga kering air daging.
selepas itu masukkan tomato yang telah dicincang, sos spaghetti,tomato puree, cendawan.. masukkan air dan sesuaikan kepekatan/kecairan yang dikehendaki.
akhir sekali masukkan meatball.
tutup api masukkan garam, sesuaikan rasa.

Selamat mencuba.

Wassalam 



Thursday 21 May 2015

asam pedas


Assalamualaikum....

Papa tu kan kadang-kadang balik dari kedai sesuka hati je bawa barang-barang basah yang dibeli suruh mama masak...bajet isteri dia pandai masakkan, tapi mama ikutkan aje,masak je lah sedap ke tak belakang cerita ye hehehe

Meh tengok apa yang papa tu suruh mama masak kali ni..




Nah..asam pedas ikan merah..

Bahan-bahan yang mama gunakan :

2 ketul isi ikan merah (buat sikit je sebab papa sorang je yang makan ikan,mama rembat sayur je)
5 tangkai cili kering (kalau nak pedas lagi boleh tambah lagi)
3 ulas bawang merah
2ulas bawang putih
1 biji tomato
5 biji kacang bendi
Daun kesum
1 tangkai bunga kantan
1 cawan air asam jawa
garam secukup rasa

Cara membuatnya :

Tumbuk cili kering,bawang putih dan bawang merah (mama suka cara lama,guna lesung batu je hehehe,lagi senang guna blender je)
Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi,setelah masak masukkan air asam jawa, kemudian masukkan ikan,sayur bendi,daun kesum dan buah tomato.
Sesuaikan rasa..tutup api masukkan garam.


Wassalam

Wednesday 20 May 2015

butir nangka


Assalamualaikum...

atas permintaan adik-adik yang mengidam dekat opis,mama pun tunaikan permintaan mereka, itupun ada lagi permintaan,nak makan sebelum puasa katanya, ok nanti kita buat lagi.

Ini yang mama buat minggu sudah..


kalau nak cuba buat boleh lah ikut resepi mama nih.

Bahan-bahan :

setengah kilo tepung pulut
santan (dari sebijik kelapa)
Daun pandan 
garam
gula
sagu

Cara membuatnya :

tepung pulut dibancuh(mama asing siap-siap untuk buat dua kaler hijau & merah) warna terpulang kepada citarasa masing-masing.
Setelah menjadi doh, buat bentuk seperti didalam gambar.
Masukkan santan,sagu dan daun pandan didalam periuk,setelah mendidih masukkan tepung yang telah dibentukkan tadi.
Setelah masak tutup api masukkan garam sesuaikan rasa.

Sedap dimakan panas atau sejuk,kalau en.azmi suka makan sejuk,dimasukkan dalam peti sejuk dulu baru dimakan.

Wassalam


Tuesday 19 May 2015

masak lemak ketam bersama nenas

Assalamualaikum....

weekend lepas adik-adik dan kakak berkunjung ke rumah, banyak pula tu makanan yang mereka order, butir nangka,rendang kerang dan masak lemak ketam.

mama tidak mahu menghampakan permintaan mereka,jadi mama masaklah ikut kemampuan, sedap atau tidak tu belakang ceritalah hehehe




bahan-bahan yang mama gunakan

ketam (terpulang nak berapa ekor,mama masak 7 ekor sebab ketamnya kecil)
nenas (mama guna separuh je buah nenas)
santan (sebiji kelapa)
5 biji cili padi (ikut pedas yang disukai)
1/2 inci halia
sebatang serai
garam ( secukup rasa)
* untuk masak lemak biasanya mama tidak menggunakan bawang...

cara memasak

cili dan halia ditumbuk sehingga lumat, serai dititik sahaja.
masukkan ke dalam periuk,masukkan santan,kemudian masukkan ketam,bila mendidih masukkan nenas yang telah dipotong kecil (bentuknya ikut sukalah..hehehe)
kemudian tutup api dan perisakan dengan garam secukup rasa.

Alhamdulillah...habis masak lemak ketam mama tu mereka makan.

nanti mama bagi resepi lain pulak ye..

Wassalam