Sunday 24 May 2015

spaghetti meat ball


Assalamualaikum...

Jamuan di ofis mama baru-baru ni sempena dengan majlis perpisahan seorang rakan yang dapat bertukar ke putrajaya.

Majlis kecil-kecil sahaja,ada permintaan untuk mama masak spaghetti..wahhh seronoknya bila ada orang yang minta mama masak,terasa dihargai gitu dan terasa masakan mama tu sedap pulak,apatah lagi kalau sekejap je dah licin masakan yang mama masak tu...



inilah yang kawan-kawan minta mama masak.

Bahan-bahan :

1 biji bawang holland (dipotong dadu)
5 ulas bawang putih )diketuk dan dipotong kecil)
1 biji tomato (dipotong dadu)
500gm daging cincang ramly
meatball (ikutlah nak isi banyak mana...hehehe)

1 botol sos spaghetti (apa-apa jenama)
1 tin tomato puree
1 tin slice mushroom (jika suka,jika tidak letak pun boleh)

Cara membuatnya :

Tumiskan bawang sehingga naik bau.
Kemudian masukkan daging cincang,masak sehingga kering air daging.
selepas itu masukkan tomato yang telah dicincang, sos spaghetti,tomato puree, cendawan.. masukkan air dan sesuaikan kepekatan/kecairan yang dikehendaki.
akhir sekali masukkan meatball.
tutup api masukkan garam, sesuaikan rasa.

Selamat mencuba.

Wassalam 



Thursday 21 May 2015

asam pedas


Assalamualaikum....

Papa tu kan kadang-kadang balik dari kedai sesuka hati je bawa barang-barang basah yang dibeli suruh mama masak...bajet isteri dia pandai masakkan, tapi mama ikutkan aje,masak je lah sedap ke tak belakang cerita ye hehehe

Meh tengok apa yang papa tu suruh mama masak kali ni..




Nah..asam pedas ikan merah..

Bahan-bahan yang mama gunakan :

2 ketul isi ikan merah (buat sikit je sebab papa sorang je yang makan ikan,mama rembat sayur je)
5 tangkai cili kering (kalau nak pedas lagi boleh tambah lagi)
3 ulas bawang merah
2ulas bawang putih
1 biji tomato
5 biji kacang bendi
Daun kesum
1 tangkai bunga kantan
1 cawan air asam jawa
garam secukup rasa

Cara membuatnya :

Tumbuk cili kering,bawang putih dan bawang merah (mama suka cara lama,guna lesung batu je hehehe,lagi senang guna blender je)
Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi,setelah masak masukkan air asam jawa, kemudian masukkan ikan,sayur bendi,daun kesum dan buah tomato.
Sesuaikan rasa..tutup api masukkan garam.


Wassalam

Wednesday 20 May 2015

butir nangka


Assalamualaikum...

atas permintaan adik-adik yang mengidam dekat opis,mama pun tunaikan permintaan mereka, itupun ada lagi permintaan,nak makan sebelum puasa katanya, ok nanti kita buat lagi.

Ini yang mama buat minggu sudah..


kalau nak cuba buat boleh lah ikut resepi mama nih.

Bahan-bahan :

setengah kilo tepung pulut
santan (dari sebijik kelapa)
Daun pandan 
garam
gula
sagu

Cara membuatnya :

tepung pulut dibancuh(mama asing siap-siap untuk buat dua kaler hijau & merah) warna terpulang kepada citarasa masing-masing.
Setelah menjadi doh, buat bentuk seperti didalam gambar.
Masukkan santan,sagu dan daun pandan didalam periuk,setelah mendidih masukkan tepung yang telah dibentukkan tadi.
Setelah masak tutup api masukkan garam sesuaikan rasa.

Sedap dimakan panas atau sejuk,kalau en.azmi suka makan sejuk,dimasukkan dalam peti sejuk dulu baru dimakan.

Wassalam


Tuesday 19 May 2015

masak lemak ketam bersama nenas

Assalamualaikum....

weekend lepas adik-adik dan kakak berkunjung ke rumah, banyak pula tu makanan yang mereka order, butir nangka,rendang kerang dan masak lemak ketam.

mama tidak mahu menghampakan permintaan mereka,jadi mama masaklah ikut kemampuan, sedap atau tidak tu belakang ceritalah hehehe




bahan-bahan yang mama gunakan

ketam (terpulang nak berapa ekor,mama masak 7 ekor sebab ketamnya kecil)
nenas (mama guna separuh je buah nenas)
santan (sebiji kelapa)
5 biji cili padi (ikut pedas yang disukai)
1/2 inci halia
sebatang serai
garam ( secukup rasa)
* untuk masak lemak biasanya mama tidak menggunakan bawang...

cara memasak

cili dan halia ditumbuk sehingga lumat, serai dititik sahaja.
masukkan ke dalam periuk,masukkan santan,kemudian masukkan ketam,bila mendidih masukkan nenas yang telah dipotong kecil (bentuknya ikut sukalah..hehehe)
kemudian tutup api dan perisakan dengan garam secukup rasa.

Alhamdulillah...habis masak lemak ketam mama tu mereka makan.

nanti mama bagi resepi lain pulak ye..

Wassalam

Monday 4 May 2015

sagu gula melaka

Assalamualaikum...








kekadang rasa teringin nak makan...gigih mama buat sendiri

bahan-bahan yang diperlukan :

sagu
santan kelapa
pewarna hijau (mama guna daun pandan untuk warna hijau)
gula melaka
sedikit garam
gula

Cara membuatnya :

masakkan sagu bersama air daun pandan (daun pandan tu blender dahulu dan ditapiskan).
Masak sehingga putih-putih biji sagu tidak kelihatan lagi. setelah masak ketepikan.

Masakkan air gula melaka bersama santan,tambahkan sedikit garam dan gula, sesuaikan kemanisan mengikut citarasa.

masukkan sagu tadi ke dalam bekas, mama masukkan dalam cawan macam gambar diatas.kemudian tuangkan santan yang telah dimasak bersama gula melaka tadi.

Wassalam