Wednesday 29 February 2012

ikut papa work


Rabu 29 feb 2012

en.azmi nak ke kuala selangor jumpa customer hari ni,dia bawa kami anak-beranak,saja buat teman,lagipun lepas ni kalu aku dah keje dah tak bole ikut lagi,anak-anak pun mula 1 mac akan dihantar ke taska.
pukul 10 bergerak ke kuala selangor,cuaca dari rumahku hujan,masuk je klang dah berenti,tp cuaca hingga ke kuala selangor ok je,xder la panas sangat.

si adrien sepanjang jalan tido je lepas minum susu.cuma melayan kerenah si adam je la
' mama..mama..odi osyak' maknanya lori rosak..haha si adam ni ni mmg sgt teruja tgk lori,aku pun xtau la kenapa,pantang nampak lori,panggil aku ngan en.azmi suruh tengok,kalu lori tu tengah berenti tepi jalan mesti dia kata lori tu rosak,kalau papa dia kata bukan rosak,lori tu berenti je,dia xkan dgr dia ttp kata dia betul juga.

sampai kat pejabat tanah kuala selangor,kami tunggu dalam kereta je,en.azmi pegi amik barang sekejap je lepas tu kononnya aku nak ke tesco beli tudung,hah..en.azmi selalu membebel nak beli tudung,nak beli tudung, tp bila sampai je xder pun yg aku beli,ye la dah xde yg aku berkenan,mcmmana nak beli.
pastu dlm perjalanan dia tanya nak makan kat mana?ntah la kat tesco tu ada kedai makan apa yer? aku atur satu2 kedai yg aku ingat kat tesco tu,tp mcm tak menarik minat aku jek..ye la kata en.azmi dia x kisah makan kat mana2,nanti aku la yg bising,nak makan kat tempat ada aircon nanti panas la,wah3...diva sgt ke ahkak ni sampai xleh nak makan kat tempat hot2???eh... ahkak bole okeh makan kat warung tepi jalan pun,janji makanannya sedap... lagipun skang kan ada budak tenit adrien ni,susah la sket kalu gi makan kat tepi jalan dgn nak tolak stroller dia lg,pastu panas2 kesian lak dia

tengah dok fikir2 en.azmi masuk ikut seksyen 7,aku terus ajak dia makan kat wong solo ayam penyet je,layan ok..ini member aku sajeskan makan kat sini dulu,mmg kena la dgn selera aku,belado cumi yg kita org oder selain dari nasi ayam penyet tu pun mmg mabelles,en.azmi siap2 tny aku mcm mana diorg masak,nak suruh aku masak mcm tu la tu..harus juga aku ke dapur restoren ni tny apa resepi belado cumi tu..
akak makan sambil menyuap adam,harus la x terasa dgn apa yg akak telan tu,adam lak hari selera lak dia makan.biasanya x hingin dia nak makan nasi.perut aku yg mcm stoking ni harus la minta diisi lg,aku suh en.azmi minta nasi tambah,konon nak share la ngan en.azmi tu,last2 dia amik sikit je,yg tukang perabis harusla akak..hwah3 pasni jgn nak komplen kata akak demok ok..tgh menaip ni pun mulut x benti2 kunyah spiral goreng.mcm sedap sgt masakan sendiri ni yer..kui3 sepinggan penuh tetiba jek licin,buruk lantak betulla

lepas makan ingat nak g tesco tp x jadi,kami jalan banting konon2 nak beli tilam utk adam,aku tertido lak,en.azmi x perasan lak kedai tu,terus kena u-turn jauh.seingat aku kedai jual bantal,tilam & barang2 dari kekabu tu lepas stesen minyak caltex je,tp hampa sebab kawasan tu dah jadi kawasan pembinaan canary garden,uikkss..dah lama x ikut jalan ni dah ada kawasan perumahan baru la..terus jadi kecewa & balik umah je...

malam siap2 kan barang utk hantar anak2 ke taska,dlm hati cemas je,sambil2 tu dok cakap2 ngan adam 'nanti adam dgn adik kena pegi school tau..nanti teacher ajar mcm upin&ipn tu..selamat pagi cikgu..' aku pun tiru ala2 selamat pg upin ipin tu..adam sengih jer,ntah la esok mcm mana....

hari ini 1 mac 2012

aku update blog ni lepas hantar anak2 ke taska..

pepagi kejut adam ckp nak pegi school,harusla pujuk2 dulu,en.azmi ckp dia x bape nak layan,aku ckp pujuk2 dia ok bangun & mandi,ha tgk garang2 akak pun anak dgr gak ckp akak,pd hal anak aku ni ikut mood dia,waktu tu dia nak ngan sapa.kdg2 kalu dia baik ngan papa dia,aku ni x dilayannya siap kata 'mama busuk' kalau x 'mama cantik'...kah3 kembang setaman anak kata aku cantik,harusla budak2 kan x pandai berbohong..kui3 sebenarnya sendiri yg ajar.

dah siap mandikan dua2,kemas barang2,pastu bawa pegi taska,xder la jauh dari rumah aku,cuma taman lain je,masa sampai tu,adrien ok jek tersenyum2 maklumla kecik lagi xtau apa2,aku tgk org2 yg menjaga tu pun ok,amik anak aku,tp xtau la kot depan aku je diorg buat baik2,harap2 xlah & aku harap anak2 aku pun x buat perangai,si kecik tu aku x kisah sgt sebab x kenal org lg tp adam tu la,tp aku rasa ok kot sebab ada ramai kawan kat situ.

untuk 2 org anak aku bulanan rm540,tp hari ni kena bayar utk yuran tahunan dan segala set pembelajaran utk adam kenala dlm rm870,byk juga tu..tp nak buat mcmmana,aku kena bekerja & sebagai wanita bekerjaya(eceh! mcm jawatan bagus2 je) aku terpaksa menghantar anak aku utk dijaga org,kalu x mmg aku nak jaga anak aku sendiri tp apa bole buat ye..

tahun depan aku plan nak hantar adam masuk sekolah terus,tgk keadaan macam mana dulu.
ish3 sunyi lak rumah ni tanpa anak2,dan sunyi x dpt bergaduh dgn adam...
perlu berhenti ada kerja rumah yg nak dibuat,kalu x kang mesti bising laki mak...
dia pun xder ni dah keluar,kalu x buat apa kang mesti dia kata aku dok facebook je

sampei ketemu lagi..chow

wassalam

mama aryan

Monday 27 February 2012

kerenah anakku


assalamualaikum & salam sejahtera

kali ni citer anak ahkak lg,maklum la dah semakin besar si adam tu macam2 lak kerenah dia,saja updatekan dlm blog ni mana tau satu hari nanti bila adam dah besar dia bole tgk apa yg dia buat waktu2 kecik nih.
kita ni x dpt la dah nak tau apa yg kita buat masa kecik2 dulu,maklumla mak dulu mana ada blog,laptop pun xder..hehe
ada x ada pun yg kita ingat sendiri je kenakalan kita dulu2 tu pun yg kita ingat pun bila time dah besar sket, masa dari lahir & umur 2.3 tahun lepas tu mana la kita taukan.
jadinya blog ini juga merupakan blog utk anak2ku,semoga apa yg ditulis disini dpt mengeratkan kasih sayang kami..haha



kualiti gambar kurang memuaskan,amik gambar dari hp cap buaya jek ni. & sila abaikan pemandangan dikiri kanan gambar tu ye..skang ni adam sgt suka lagu inshaallah dr maher zain,pantang aku buka laptop,terus dtg lari2 ni,pastu ckp 'mama..inshaallah' hmm maknanya ko kena la buka youtube cari lagu nih,kalu x cari jeritan harus bergema,xpun dia dok inshaallah kat tinga ko sampai menanah,x tahan mak nak..ha..ko layan jer



satu lagi lagu aliff satar lelaki seperti aku,tgk tu dok melayan video lagu tu, xtau nak ckp lagu apa, dia cuma kata 'mama..memang' tau lah aku harus lagu aliff satar ni,ntah la dia sorg ni,esok2 si adrien tu xtau la macammana lak,skang ni,kalu ahkak nak hupdate blog ke nak on fb ke,kenala tunggu dia tido ke xpun memalam baru hupdate,kalu x..ya ampunnn,dia je nak ngadap laptop

semalam sampai pukul 8  malam dia melayan upin&ipin kat laptop. tengok la ni


opis en.azmi dah jadi opis dia lak,pepagi dah nak tengok upin&ipin,mujur waktu ni en.azmi keluar jumpa customer,kalu x mau berebut dua beranak tu,tp xper lepas ni ahkak dah keje,anak2 dah antar taska en.azmi bole la buat keje dgn aman.


ini masa dia tersedu okeh,tgk kat dahi tu nak tampal tisu jugak mcm adik dia..alahai si adam ni mcm2 kerenah dia,tgk la tu puting x lepas dr mulut kdg2 puting adik pun dia rembat,geram je ahkak ni tau.

setakat ini dulu...anak2 dah memanggil

mama aryan

Saturday 25 February 2012

cerita kami


assalamualaikum & salam sejahtera

saja je malam ni nak citer kisah kami,sapa lg kalu bukan aku,en.azmi & anak2,sekaarang adrien tu xder la byk sangat ragamnya,kalu bawa berjalan dlm keta tido je,kalu jaga pun nak minum susu je,waktu malam pun mcm tu juga,tidonya lena je..oh lega omak kau ni nak..tp bangun minum susu tu biasa la,cuma akhir2 ni dia dah x kerap sangat bangun malam utk minum,lg lega omak kau,lena tido omak nak..hehe
sekarang dah suka nak borak2 dgn org,aku rajin la melayan dia,ntah apa yg dia ckp pun aku tatau tp angguk & senyum je la,kdg2 sampai kembang2 lubng idung dia nak bercakap,omak kau pun juling2 bijik mata,apa xnya time tu la nak tgk tv,time tu jugak la nak melayan,tu belum masuk bab adam lagi..uisshh boleh angin juga

adrien dlm keta nak tido je,lega skett,bukan apa nak melayan kerenah si adam dlm keta tu lg bukan senang,kdg2 lebih pada adik dia lak

adam..wah perangainya skrg bikin hati emak panas jek,minum susu dah mengalahkan adik,sampaikan nasi xnak makan,macammana aku nak buat xtau,nak suruh dia makan sesuap pun susah,kalu dulu pantang tgk org makan,mesti dia terhegeh2 tadah mulut,skang aku tgk adam dah tinggal tulang je,kurus-kering,risau lak aku,pastu kdg2 mengadu perut dia sakit,en.azmi lak siap2 kata nak tukar susu yg murah sket,bengang la tu,sebulan bape kotak susu dia saja,

lagi yg ahkak bengkek hari tu g jenjalan kat jusco,en.azmi bawa ke tempat jual permainan,udah dia tgk lori,apalagi menjerit nak lori la,dah tau lori tu kan peberet adam lg dia nak tunjuk,pastu tunjuk mende lain dah dia xnak,aku nk beli bju angry bird yg dia suka pun xnak.lg ahkak hangin akak tunjuk lori lain yg kecik & murah skett dia xnak gak,nak lori gedabak yg rege bole tahan gak tu,yg en.azmi selamba jer beli,hangin akak nih,terlebih hangin bukan apa,akak x dpt beli baju..kui3.

tengokla ni nak amik gambar dia mmg susah,xnak dok setempat,kalu dulu kemain lg pantang tgk kamera.sengih jekk

tp en.azmi suamiku yg memahami minat aku tu membawa aku ke kedai buku utk membeli novel,siap tahu okeh akak suka buku norhayati berahim & dia lagi tau ada buku baru,aku tunjuk satu buku,dia kata bukan,ada lagi novel terbaru norhayati gambar keretapi,uik..mana laki akak tau ni?akak pun xtau.disebabkan kat kedai tu xder maka akak x beli la lagi,namun hasrat nak beli tu dah ada,nak lak aku ada terbaca komen diorg kata novel tu best,mesti aku beli nih,bila tu xtau la pulak.
harap2 dpt beli secepat mungkin..anak dah dua pun sempat lagi nak baca novel ye? huhu haruslah sempat

mama aryan

Wednesday 22 February 2012

gossip girl's


gossip la sangat tu

ini citer pada malam kami di cameron tu,adik2 & kakak2 aku plan nak kuar malam tu ngeteh kat smoke house,aku minta kat en.azmi nak ikut,tp mcm2 dia la dia kata,aku tau dia main2 je,tp aku biasa la,kalu dah bengang tu muncung haruslah panjang sedepa kalah muncung itik,bole diikat2 gitu,ah..ada akak kesah,jadinya mula la mogok aku,xnak makan bagai,pd hal bkn xnak makan,perut ni ya rabbi berkeroncong okeh,cumanya aku biar sumer org makan dulu,last2 mmg aku x dapat makan sebab makanan x cukup heheh..
akhirnya dengan izin dr suami tercenta aku dpt gak keluar dgn my sister's,opcoz la aku kena pg sebab aku yg kena drive,so mlm tu kami 6 org keluar bersama,1st time okeh nak melepak dgn kakak2 & adik2,tinggallah lelaki2 & para suami di rumah menjaga anak2,ini juga la pertama kali aku keluar tanpa anak2,alah bukan lama pun,dlm 9.30pm kitorg gerak ke smoke house,aku teruja okeh sebab ini kali ke-4 aku dtg cmeron aku mmg nak bergambar kat smoke house ni sbb tempatnya menarik bagi aku,malangnya sesampai je kami rupa2nya tempat tu tutup kul 9.30pm,hampeh jek,sudahnya kami melepak kat sini jek

kami melepak kat starbuck 

hahaha..akak minum kat starbuck?1st time okeh,hamik aku nak oder apa pun tatau,ingat nak la makan nasik ke apa sbb perut dh berkeroncong.tp xder yg ada coffe,hot chocolate dll,makanan adala cake & pastri kot.
time nak oder tuh aku dok belakang jer tunjuk2 je kat adik aku,aku nak makan apa,apa xnyer org tu speaking london okeh,jd suruh je adik aku yg terer tu,aku? yes,no,orait,tq je yg aku tahu..huhu
nak xnak perut perlu diisi juga,aku order hot chocolate wif krim ngan espresso tiramisu kot namanya, minum hot chocolate time sejuk2 nih mmg best la,rasa mcm kat london..hik2 hover akak ni..kek tu pula mmg sedap mcm tiramisu yg aku suka tu,tp kalu tiramisu kat secret resepi x bape best..bagi aku la

  inilah kami 6 org wanita dlm family,bukn senang nak dpt berkumpul,berborak& bergosip mcm ni,pertama kali ni,tu pun dlm ati rasa x sedap je tinggal anak2,tp x lama pun kami kat sini.
xder apapun yg kami bualkan cuma hal2 biasa dlm family dan citer2 karut je,sesekali melepak mcm ni best juga,kdg2 tingin gak nak buat mcm masa bujang dulu,kuar lepak ngan kengkawan tgk wayang,jalan2 pegi genting release tensen,sangat seronok,tp sekarang agak susah sebab dah ada anak nak kuar pun kena minta izin,kalu suami x bagi mula la nak tarik muka patbelas,mogok sehari semalam,hempas2 pintu bagai,buruk kan perangai akak..
dan malam itu sangat manis buat kami,ketawa & bercerita walapon x lama sehingga jam sebelas malam je,
tu pun ada yg siap2 mesej anak xnak tido la,anak terjaga la,diorg lapar la,siap goreng kopok lekor malam2.
dan itu dia..minum disini 6 cawan coffe,5 potong kek jumlahnya rm100 lbh okeh,terkujat akak,secawan kopi rm 10?xper la itupun sepanjang 34thn inilah kali pertama aku minum coffe harga mcm ni,oh akak x pandai ke tempat2 mcm ni,kalu pegi sendiri mau kejung aku xtau nak order apa..hehe,aku kan kg sket.. dpt mkn kfc & mcd tu dah kira ok.dari segi kemampuan tu satu hal la,tp satu hal yg pasti kalu pegi tempat2 macam tu aku xtau nak makan apa,konpom la nama makanan pun tergeliat lidah aku nak menyebutnya kan??
dan acara wajib sebelum balik

bergmbar la apalagi,ada satu mamat tu dok asyik pandang2 je kami yg tengah bergambar,ntah2 dia kata si jakun dtg dari mana la agaknya ni,x abis2 nak bergambar.
cuba tengok gambar akak tu..oh terasa seperti aku tergemuk sudah,apa xnya sepanjang bercuti ni,asyik makan je,kalu x makan asik lapar je,adoyai badan dah terasa berat ni,nanti aku nak kena mula balik aktiviti berjoging petang2,harus kuatkan semangat.
tengok la tu muka aku yg bolat,pipi dah rasa bambam ni..

mama aryan

Tuesday 21 February 2012

cameron highland hari kedua



ceh..macam pg byk ari jek aku ni kan?pd hal pg  2hari 1mlm je..hehe
tp xpe akak citer je la..
hari kedua ni harap2 cuaca ok,pepagi,org2 umah sebelah dah bertandang ke rumah kami,meeting nak kemana lak hari ni,hujan turun juga pagi ni,tp alhamdulillah lepas tu hujan berhenti.
sumer dah ready,sarapan.. makan je apa yg ada kat umah, ada keropok ikan & crab ball yg aku bawa,abg ipar aku masak guna microwave je,tu pun kitorg bedal sampai abis gak,dah lapar apapun bole janji perut kenyang.

dah bersiap sedia utk meneruskan perjalanan,bergambar dulu sementara nak tunggu check out

adam yg semakin pandai nak bergaya

selepas check out kami pegi shopping dulu,cari2 apa yg patut utk dibawa pulang.

dalam sebuah kedai yg terdapat disitu,ada dijual pelbagai jenis pokok bunga,ada gak pokok cili kecik je pokoknya tp buahnya besar,comel jer,tengok aku tu,bukan nak mengada-ngada yer,tp terpaksa bergambar begitu hampir dlm setiap gambar bukan apa adrien dlm carrier tu,kalu aku ngadap ke depan mesti x nampak muka dia,jd terpaksa la akak senget sket,bg nampak muka dia,lgpun kalu amik gambar macam ni nampak la muka akak kurus sket..hehe kalu x bolat jek muka aku ni hah.
hari ni memang adrien duduk dlm carrier je,naik lenguh pinggang & tangan aku nih mendukung anak yg berat dah 6kg tu,tp xper akak kan gagah perkasa,hwah3..berjln punya pasal gagah la yer,kalu tak konpom xder nye.
percutian ni selain pegi dgn adik-beradik aku,ada gak bakal2 jadi family kami ikut sekali



adik aku manja dgn pasangannya afiq

dan adik aku dila dgn pasangannya haziron

hehe..kami mengalu-alukan kehadiran mereka,moga mereka cepat2 menjadi sebahagian dari family ini insyaallah,semoga Allah mempermudahkan jodoh mereka.

ini family kakak aku, baby carrier yg aku guna utk bawa adrien tu adalah turun-temurun dari anak kakak aku yg 1st si aliff tu sekarang umur dia dah 15thn,nah baby carrier itu juga berusia 15thn lah tp masih bole digunakan lagi,walapon pink kaler..ada akak kesah...

family adik aku,yg ni vogeh sket ok,nak turun ke ladang teh ni terlupa sunglases,sanggup patah balik pegi amik kat keta okeh,tengok la tu..vogue ke x? klu aku belum tentu la..

kakak aku yg no.2 yg ni belum bekeluarga

adeh citer pasal family lak..hehe tersasul..
sebenarnya jalan2 kat sini ok gak,cuma kami x banyak masa utk berjalan,lepas tengok souvenir,kami terus ke ladang teh,menurun bukit ke ladang teh penat aku tahan kaki utk brek takut tersungkur dn adrien,penat woo..

berhenti sekejap amik napas..somput akak 

lepas tu apalagi sesi bergambar diladang teh je la.


ala-ala pelem hindustan lak,cumanya xleh nak bergambar berdua je,sbb mendukung anak.

penat2 pun kalu kamera tala kat kami sempat gak posing

2 org mummy vogeh..aku konon la  vogeh sgt...

gaya 2 org anak buahku

penat panjat bukit,tp sempat lagi tengok kamera

melepaskan lelah sebentar sebelum perjalanan diteruskan.

kat ladang teh ni kami bergambar je,pastu kami ke kedai menjual teh.aku ingat nak beli teh je bagi kat kawan2 di opis,ye la aku pun xtau apa nak bg kat diorg harap2 diorg suka la minum teh.

kemudian perjalanan diteruskan kami singgah di bee farm tengok lebah & beli madu.

lebah di dalam sarang,risau gak aku takut disengat lebah ni

selepas itu kmi gerak utk balik,sebelum tu cari kedai makan kami singgah dikedai kat tepi jalan ada deretan kedai makan lama kami duduk,xder amik order pun,tnya2 rupanya kedai x buka lg,aik? dh pukul 1 xkan x buka lagi,kedai cina yg hujung tu buka pula,apala peniaga melayu nih.
balik tu kami amik keputusan utk cuba ikut jalan baru yg terus ke pahang,kebetulan lak nak antar adik aku balik janda baik,ok sgt la tu.
jalan turun dari cameron ni terus ke koyan,jalannya ok cantik sket dr tapah.perut dah berbunyi akhirnya kami berenti makan kat koyan je,lega perut dah di isi kami teruskan perjalanan,jauh juga perjalanan balik ni,maklumla kami nak terus balik shah alam,kalu balik pahang mungkin la dekat .sampai rumah dah dekat maghrib,alhamdulillah selamat juga sampai ke rumah.

hehe..aku yg keletihan memanjat bukit sambil mendukung budak tenit nih,sandar jap kat pokok menghilangkan kepenatan.

tu jer citer percutian kami yg x seberapa,tp sangat bagus dpt meluangkan masa bersama-sama keluarga,nanti bole gi jalan2 dgn family mentua lak,insyaallah.


mama aryan

Monday 20 February 2012

cameron highland hari pertama



assalamualaikum & salam sejahtera

sabtu & ahad lepas family aku pegi bercuti ke cameron highland.percutian ni x dirancang sgt pun.itpun idea adik ipar aku yg ajak kami g cameron.jadinya kakak & adik aku cuba tanya rumah bank ada kosong tak.alhamdulillah waktu yg kami nak pegi tu ada kosong,jadi kami pun pegi la bercuti ke tanah tinggi,percutian yg sejuk ala2 tiupn angin sepoi2 bahasa gitu.
kami gerak dari umah aku,ikut tapah.dlm perjalanan sebelum hentian behrang keta abg ipar aku ada problem,
nasib baik dia pomen,jadi dia repair sendiri keta tu.
ingatkan dpt la sampai awal sikit,tp sebab masalah tu kami sampai dah tengah hari.
anakku si adrien ni sepanjang jalan tido je.bangun utk minum susu je..tengok ni

sejuk ati aku tengok dia tido.damai je..

satu lg problem..cuaca hari ni mendung & hujan je.
sampai je kat tanah rata kami check in kat royal lilly apartment,rumah bank rakyat,sedikit untung disini yer sbb kakak ngan adik aku keje bank rakyat,jadi diorg amik 2 rumah,mmg best la utk family besar aku ni,1 umah ada 3 bilik,ruang tamu pun ada byk sofa,jd adik2 aku yg bujang tido atas sofa je.


sewaktu sampai di royal lilly apartment,penat woi panjat tangga,walapon ke tingkat 2 je.


sofa yg ada mmg selesa,bole lepak2,borak2 & gosip2 lg.

lepas check in acara diteruskan dgn mencari makanan,almaklum la perut dan berkeroncong minta diisi,so jalan2 cari makan,cari kedai makan susah jd kami makan kat marybrown jek

 nasi lemak marybrown kot hentam je la janji perut kenyang.

org sibuk makan,adrien ni tetap layan tido,elok la dik,sonang omak kau ni nak mencekik.kot tak kang tercekik2 mak kau nak makan.

dah kenyang perut apalagi jalan2 la,kami pegi kutip strawberry,bayar rm20 utk 2org masuk utk kutip strawberry setengah kilo.
hasil kutipan adikku,x tengok yg laki akak kutip penuh sebekas,lebih setengah kilo,gambar xde yer sbb dia hilang ntah kemana,aku nak amik gambar pun susah,adam jgn citer la org dok kutip strawberry dia dah makan 5biji buah tu,suka sgt dia.
sebenarnya hujan turun agak lebat masa kami tengah kutip buah strawberry ni,adrien aku letak dlm baby carrier je,dia terlentok tido senang omak kau,tp penat la aku,6kg tu,lenguh tangan ngan pinggang aku ni ha ..
dh la ladang strawberry ni mcm lereng bukit je,lenguh kaki aku ni terbrek2 takut menggelongsor.
sesudah puas mengutip strawberry yg laki akak kutip terlebey sudh tu,mujur x kena bayaran tambahan sbb kakak & adik aku kutip x cukup jd buah yg dikutip oleh en.azmi tu diagih2kan dlm bekas diorg,kalu x kena tambah rm8.tu la masa mengutip tu sedap jek,tengok buah besar2 sumer nak diamiknyer,tp yg buruk pun adaa gak dia kutip..memang la.
pastu jalan2 tengok souvenir,beli sket2 jek.kemudian kami ke pasar malam brinchang nak cari makanan,aku cuma tunggu dlm keta dgn adrien sbb hujan lebat,lgpun adrien tgh tido,takut gak dia terjaga,lgpun aku takut dia demam nanti kalu kena hujan,walapon aku dah bawa segala ubatan ye la sbg persediaan takut anak2 demam je.
malam tu xder apa yg dibeli dipasar malam,jadi kami masak nasi,goreng ikan pekasam yg aku bawa dari rumah,ye la kat sini bole memasak yer,cuma lauk je kami beli dh siap,ingatkan beli dah banyak tp lauk x cukup lak,aku pun x sempat nak makan.
disebabkan x cukup kenyang adik2 aku goreng kopok lekor yg aku bawa juga dari rumah,hehe..ada gunanya juga apa yg aku bawa maklumla cuaca sejuk buat kami cepat lapar jer.
hari pertama itu jer aktiviti kami,yer la smpai dh agak lewat cuaca pun x berapa nak mengizinkan,lgpun kami xtau nak kemana main redah je,sudahnya malam lepak je,kedai2 kat sini pun tutup awal.
layankan gambar2 dihari pertama

 berlegar2 dikawasan parking sebelum masuk rumah



menjamu selera,betapa ramainya kami,sampaikan kawasan ni penuh dgn family kami jek hehe

disebabkan hujan,hari pertama x banyak sangat gambar yg dpt diambil.
citer akan dihari kedua akan bersambung bila aku ada masa nak menulis..hehe konpom esok aku tulis nih

sekian dulu

mama aryan

Monday 13 February 2012

hospital lagi



assalamualaikum & salam sejahtera

hmmm...bulan ni je dah tiga kali ke hospital,1st week check up ahkak,2nd adrien,pastu nih adam lak. sepatutnya adrien ngan adam haritu appooinment sekali tp doktor yg merawat adam tu bercuti,jd terpaksalah ditunda ke hari ini.
penat sungguh melayan kerenah si adam yg tengah lasak nih,x reti nak duduk diam segala benda nk dipegang & ditegur,td masa tengah tunggu no giliraan dipanggil,ada sorg ibu ni baru lepas bg susu anak dia,pastu adam tengok panggil baby,baby,pstu dia ckp kat aku "mama baby muntah" terus mak baby tu tengok oh dgr lak dia apa yg adam ckp,bknla baby tu muntah pun,muak sikit je.
sambil menunggu mcm2 la dia nak tengok ikan la,nak pg kat papa dia kat luar la,last2 aku suh azmi bw adrien masuk tunggu kat dlm,xder la dia nak kuar masuk lagi.
smpai no giliran adam,kami masuk jump doktor.bercerita skt dgn doc,yg adam ni xnak makan,asyik nak minum susu je mcm adik dia,doc kata mungkin itu disebabkan oleh perasaan jeles dia pd adik & dia nak minta kita bg perhtian kat dia sama.selama ni mana penah aku x layan dia pun,aku layan sma rata je,cuma adik tu haruslah didukung,mana reti berjalan lg.
doc tanya adik dia boy ke girl? boy juga doc,nanti kena dpt sorg lg la kot girl lak..hehe mampukah aku lagi??
doc citer jiran sebelah umah dia nak ank lelaki,sampai ank ke 7 masih girl jugak,terus dia stop lps tu..aku harap aku nanti xde la sampai ke7 anaknye..lgpun aku bajet nak 3org je..heheh kalu ada rezeki la..kalu xder cukupla 2 je,ni pun dh x larat,kekadang dah mcm tarzan terjerit2 jiran tetangga kata apalah agaknya kat aku nih.pd hal sebelum ni aku dok senyum2 jek bila dgr jiran2 sebelah jeritkan anak2 skang..ha amik kau, aku lak dah mcm tarzan..hehe  
masa doktor check adam dia ok lg,tp bila doc suh baring nak cucuk dia tanak,siap mcm nak nangis lagi,tp bila doc cucuk dia rilex je,x nangis pastu buat mcm biasa je,adam ni ada2 je pe'el dia.
pastu apalagi...mula la mcm dia nak beli,nak air,aku tanya nak epal ke orange juice? orange katanya.
hmm..orange yg masam mcm tu dia bole sedut?en.azmi minum terkemot2 muka dia,masam katanya,tp adam rilek jek,


salah satu kegemaran adam,menyakat adik dia,kecik2 dah kena sakat dgn adam dah besar esok aku tatau la mcm mana.tp sayangkan adik pun bole tahan,itupun ikut mood dia la.



mama aryan

Thursday 9 February 2012

citer anakku



adrien dah siap sedia nak pegi cucuk utk bulan kedua.
makin tembam anakku yg sorg nih,seingat aku adam dulu xder la mcm ni sgt.ni bila timbang beratnya dah 6kg, padanla bila aku dukung dia,pastu tangan rasa lenguh semacam,sebab tu la skrg ni kalu pegi jejalan mesti bawa stroller,apa xnya masa adam dulu xpe la bole gilir2 dgn en.azmi tuh skang nih x bole nak gilir2 lagi sbb adam pun perlu didukung juga,kalu x abis la dia lari ikut suka hati.
baiknyer adrien kali nih dia x nangis bila dicucuk.cuma bila da balik rumah dia merengek2 sket,mungkin baru terasa sakit kakinya kot.
dgn adam lak masa en.azmi nak membayar bil terpaksa la aku mendukung dia,sambil tgn satu lg tolak stroller,org lain tgk pun naik pening. aku nih bertambah2 pening la,tp apa nak buat anak2 kecik lg.

alhamdulillah pagi tadi dpt call dari demc bgtau ttg ujian pep smear yg aku buat hari tu, keputusan ujian adalah normal,syukur sangat2. 


mama aryan

bermusuh dengan ikan?


heh..tajuk mcm apa ntah yer
aku sebenarnya mmg x makan ikn sejak dari kecik lagi,tp itu x bermakna aku nih bermusuh dgn ikan. dulu2 kalu nak pg umah kengkawan mesti segan sbb aku x makan ikan,malu lak nak bgtau yg aku ni x makan ikan,
bukan aku x penah cuba utk makan,tp klu makan konpom aku muntah.
namun sejak akhir2 nih aku cuma dpt mkn ikan siakap tu pun kalu goreng garing2 & dimasak sweet sour ke, hehe mengada2 kan.
sejak kawin pun dulu aku jarang masak ikan,bukan aku xnak masak,tp en.azmi tu la dah terikut2 aku lak x makan ikan,pada hal aku bole jer kalu nak masakkan ikan tu.
dan sejak akhir2 nih dia dah mula suruh aku masakkan ikan.aku x kisah bole jer nak masak.tp ikan yg dibeli tuh dah siap dibersihkan.
buktinya nah aku dah masakkan..


ikn bawal pedas,hah berselera en.azmi makan..hehe mesti sedap tuh

  
asam pedas ikan merah..hehe ni masak bkn pd hari yg sama saja nak bgtau aku masak ikan.
dah blog aku byk gambar masakan lak yer..


yg ni lari dari tajuk,hari tu buat puding triffle bawak g umah aku,amik gambar dari atas jek,nak amik dari sisi tepi yg bertingkat2 tuh xleh lak,sbb aku guna tupperware yg berwarna,cuma satu je,jelly aku gak lembut,maka bila dipotong tekstur x bape menarik,sedikit hancur,tp diorg makan kata rasanya sedap..
heheh kembang lobang idung ahkak hehe..

sesapa nak cuba buat silalah,senang je nak membuatnya,sambil dukung anak pun bole (yo2 an jek aku nih) heheh..


mama aryan


Monday 6 February 2012

mama memasak hehe

hmm..org tunjuk gambar masakan aku pun nk jugak,pada hal masak pun ala2 jer..eh ahkak x fedulik,nama pun blog akak yer sukati akak la..

nampak berselera?hehe...ayam berlado,resepi aku amik kat penulis blog yg aku suk baca,haha..senang pun tp rasa tatau la sama ke tak..ala mesti korg pun terer buatkan,aku je yg terhegeh2 nak buat.

sayur kacang panjang digoreng dgn bawang & telur..hah tingat ada sowg member aku cakap aku kalu masak mesti nak campur telur..alah..dah tu peberet aku nak wat cmner..yg penting aku masak & aku gak yg makan,abis lak tuh..konpom sedap (puji la diri sendiri,sbb xder org puji..sedih sob3).

chicken cocktail dgn sayur campur ditmbah sos tiram.

daan petang itu aku dok belek2 buku resepi,en.azmi dok bising2 dia kata buku resepi sebeban tapi masak biasa2 jer,cuba la petang2 ni buat kuih2 ke,dan dgn semangat yg berkobar2 akak menapak ke dapur kesayangan akak mengeluarkan segala bahan2 yg ada,
dgn tahap konpiden level yg tinggi maka terhasillah...

puding karamel..hehe skang nih tanpa malu2 bila sudah memasak aku usung kamera amik gambar,padahal rupa masakan tu ala2 jek & kamera tuh aku sorok2 dr en.azmi,takut dia mengata aku hik3.
pas masak tuh aku simpanla puding karamel nih dlm peti sejuk,dah lama tp x berusik pun,cuma aku je yg makan,akak apalagi..keluarla ayat kasih sayang 'kalu org x buat,mike kata org malas masak,ni org dh masak puding tuh kering la dlm peti xder nak makan pun' ha kan akak dah berkasih sayang tu...haha..
esoknya aku tengok pinggan kosong dlm sinki,puding pun dah abis..hehe,bukan apa suami aku tu kalu x disuruh x makan,bkn apa x ingat katanya,yer la tu,pd hal takut nak makan,takut x sedap,ala..kalu x sedap pun bkn l sampai nak kena cirit-birit kot...


mama aryan

Saturday 4 February 2012

alahai..anak omak



assalamualaikum & salam sejahtera

semalam pegi check up lepas bersalin,disebabkan dr,norleen bercuti 2 bulan jadi aku check up dgn doktor mazita,doc ni pun ok jg lembut je.doc scan perut tgk kedudukan rahim sumer dah ok,pastu doc tnya nak buat pep smear x?dlm hati takut gak,tp bole la x perlu aku buat appoinment lg pasni.sakit ke x buat mende ni yer? xper redah je la..kedudukan aku seperti nak bersalin,kemudian doc masukkan 1 alat aku pun xtau apa dia,ntah sample apa yg doc nak amik aku x bertanya byk,proses sekejap & x sakit pun.doc kata dlm seminggu keputusn keluar,jika ada masalah pihal spital akan call.Ya Allah minta2 xder apa2 la nanti.
sebenarnya aku nak citer kejadian2 sebelum aku g jumpa doc tuh.sebelum tu en.azmi bawa aku ngan anak2 jumpa customer dia kat K.L ntah jabatan apa aku pun xtau dlm ertikata lain aku x penah dgr pun,singkatannya SACCT dkt dgn carcosa seri negara.heh nampak sgt aku ni cuma tau keje aku je,sbb tu kdg2 en.azmi dok ngata aku ni klu baca suat kabar mesti baca part retis jek,bkn nak baca hal2 dunia ke hal2 ekonomi ke,sbb tu la klu ada  berita kt tv aku dok tnya2 dia,dia kata tu pun xtau ke? hehe..ada akak kesah?
dh citer pasal akak yg kdg2 sengal,ni citer pasal adam lak kat spital xreti dok diam sumer mende nak diusik,abis pokok2 bunga dikutis bunganya bertabur atas lantai,pstu aku nak pg toilet pun melalak nak ikut,terpaksa akak bawak okeh,nasib baik toilet besar..geram tol akak,en.azmi lak sibuk bg adrien susu.
pastu aku nak masuk jumpa doc pun dia nak ikut,meraung2 aku dgr suara dia kat luar,jenuhla en.azmi memujuk,mmg sejak akhir2 ni perangai dia menjadi2,nak air,aku belikan air,tp dia sendiri nak bg air tu kat cashier ok,dah la dia tu x bape tinngi lg,pas bayar air dah dia pegi amik coklat lak..bayar lg,pastu aku terus tarik dia kuar,kalu lama2 kat situ satu kedai dia angkut agaknya.dlm keta mcm biasa,melayan dia makan la kejap coklat,kejap air,aduhai..adam.
satu hari kat umah...
dia g dapur kat aku,nak suh buka peti ais,dia tgk apa yg dia nak,dia amik air sebotol,aku suh dia kedepan pastu minum ngan papa dia,lama...aku dgr senyap jek,aku jenguk ke luar..masyaallah..sabar jer lah mak ko ni adam..poning ahkak, tau apa dia buat??sebotol air ribena dicurah ke lantai,abis tikar..adam..adam.. dah tu dgn muka x bersalah dia tunjuk kat aku botol kosong..boleh?
dgn papa dia lak,dia tuang sebotol air kat atas sofa,abis kusyen basah,dgn aku hari tu shampoo di,hampir separuh botol dia tuang atas sofa gak..alahai adam,bersabor je la mama mike nih.
macam2 adam ni tau,kalu nak main2 dengan adik jgn la aku buat2 cubit adik ke apa,jap lg dai cubit adik betul2,pastu dia main tumbuk2 ngan adik ditumbuknya betul2,,alahai adam..adik tu kecik lg,mana la adik pandai nak main lg..

kegemaran adam, minum susu nak pegang puting,pastu puting tuh dia pusing2 kat muka.
aku tatau la mcm mana nak suh dia benti isap puting tuh,kalu buat2 hilang pun dia mengamok x hengat poning aku.

sabor je la aku...

mama aryan