Wednesday 14 October 2015

butir nangko

Assalamualaikum...

Gara-gara tak cukup yang mama buat masa hari sabtu dan buah hati mama tak sempat nak merasa, kenalah mama buat lagi sekali pada hari ahad.

Tak sangka pula habis dan digemari pula oleh adik-adik dan anak-anak buah.


Cara membuatnya pun senang.

Bahan-bahan yang diperlukan :

Tepung pulut (banyak mana itu terpulang untuk berapa orang makan)
secawan air
pewarna hijau dari daun pandan @ pewarna segera
Santan
Garam
gula
2 helai daun pandan
sebuku gula melaka

Cara membuatnya :

Bancuh tepung puult bersama air dan pewarna hijau, uli sehingga menjadi doh.
Kemudian bentukkan seperti biji nangka.
Panaskan air, apabila mendidih masukkan tepung yangtelah dibentukkan tadi, setelah masak toskan dan masukkan kedalam air sejuk.
Didalam periuk yang lain masak santan, masukkan daun pandan, gula melaka dan garam sesuaikan rasa.
Setelah mendidih, masukkan butir nangka yang dimasukkan kedalam air sejuk tadi.

Sedia untuk dimakan panas atau sejuk...

Wassalam

Wednesday 7 October 2015

daging masak lomak cili api

Assalamualaikum...

Melayan tekak mama yang berpuasa, tak tahu nak masak apa sebenarnya, teringat ada sedikit daging dirumah, kata buah hati mama buat daging salai masak lemak sedap juga, mana mama nak menyalai nye...

dalam pada tu dok berbelah bagi, masak lemak atau kari daging?

sudahnya....


inilah hasilnya daging masak lomak cili padi mama..

Bahan-bahan yang mama gunakan :

5 biji cili padi ( ikut suka nak banyak mana, kalau suka pedas boleh tambah lagi)
1 inci halia
sedikit kunyit (agak-agaklah untuk warna)
1 batang serai (dititik)
sebijik kelapa parut (diambil santannya)
garam secukup rasa

Cara membuatnya :

Halia,kunyit dan cili ditumbuk halus ( mama memang tidak menggunakan bawang untuk masak lemak cili padi ye, sebab kurang sedap bagi mama)
Satukan bahan-bahan yang telah ditumbuk dalam periuk, masukkan santan.
kemudian masukkan daging, selepas seketika masukkan kentang, masak sehingga daging dan kentang empuk.
perisakan dengan garam...tutup api dan sedia untuk dimakan,

Wassalam