Saturday 17 December 2011

adrien aryan in da house yo


alhamdulillah aku telah selamat melahirkan hero keduaku adrien aryan bin azmi

meh akak nak citer saat2 sebelum kelahiran hero kedua ini.
khamis 8 dis 2011 - seawal 5.30am aku dah bangun,pinggang dah terasa sakit,perut pun sekejap2 mengeras,tp aku yg giler keje nih x peduli rasa sakit nih,aku tetap bersiap utk pegi keje.en.azmi sedikit bengang dgn aku sbb dia mmg suruh aku amik cuti awal sebelum bersalin.tp aku bertekad utk siapkan keje dulu sebelum bercuti. jadi hari tu aku tetap pegi keje,walapon aku terasa mcm ada contration berlaku,sampaikan merah mukaku menahan sakit,namun bagi aku xla sakit yg keterlaluan sbb aku masih boleh tahan.dlm sakit2 tu aku masih cuba siapkan keje apa yg patut.
dan pada ptg tu aku minta en.azmi tak balik lewat,kebiasaannya dia amik aku hampir2 pukul 7pm,tp hari ni aku minta dia blk awal,sbb aku tkt kang aku sakit sorg2 kat opis.kul 5.15pm en.azmi sampai..awal tuh.
balik tu kami x pegi cari makan mcm biasa,kami terus balik rumah jer,aku minta en.azmi bungkuskan je makanan utk malam nanti.sbb aku rasa nak duduk & berjalan pun dah x selesa.
malam tu sakit kerap terasa,aku tgk jam contraction agak kerap dlm 5minit sekali,tp aku masih xnak g spital,bkn apa aku xnak di check jln setiap masa..agak menyakitkan tuuu..
so mlm jumaat yg hening..eceh! tetiba lak yer..aku menyiapkan segala barang2 yg hendak dibawa ke hospital & aku suh en.azmi pegi kuarka duit sebagai persediaan,mana tau mlm ni nak kena masuk wad,jd perlu sediakan duit deposit.
memandangkan malam itu malam jumaat,aku amik kesempatan utk membaca yassin mohon moga segala urusan dipermudahkan,walapon x mudah utk aku membaca yassin dlm keadaan sakit begitu,aku ttp teruskan,debaran juga sangat kuat terasa,opcoz berdebar2 bak kata org,sakit utk melahirkan itu antara hidup & mati..hehe betul ker?
makan malam tu,dah x selera aku rasa,aku makan sikit jer,lepas tu baring tengok t.v sekejap,namun sakit masih terasa,tp tanda2 darah @ air ketuban pecah xder lak,penat berbaring di sofa,aku naik ke bilik berbaring dikatil sambil cuba lelapkan mata.en.azmi masuk bilik tanya boleh tahan ke sakit? aku kata masih boleh tahan,kalu x tahan nanti aku bagitau.
pukul 2am aku terjaga dr tido,rasa sakit semakin kuat,aku kejut en.azmi,bgtau aku nak pegi spital sekarang,sebab aku dah x tahan rasa sakit.sebelum tu aku ke toilet membuang apa yg patut,masa ni aku tengok dah ada tanda2 darah.Kul 2.30am dalam kabus pagi yg hening dgn tiupan angi sepoi2 bahasa kami menuju ke demc s.alam,sesampai di demc sunyi jer,pesakit lain xder masa kami ke kaunter,penjaga kaunter pun dok berselimut kesejukan,aku ckp nak bersalin.staff tu kata dia akan bawa kami ke labour room ditingkat 2,dia suh aku guna wilca (wheelchair)dan dia tolak aku ke ting.2,alamak dik! akak masih bole jalan la.masuk labour room,ada sorg nurse dah bersedia disitu & col doc norleen,aku disuruh tukar baju..eh2 dah nak bersalin ker,aku berbaring dikatil,nurse check jalan.dan sgt mengejutkan,nurse tu ckp jln dah buka 8cm,
alamak dah dekat nak bersalin,debaran kian terasa,aku nak buang air kecil pun nurse tu x bagi aku turun dari katil,dia yg bantu aku buang air kecil..
doc norleen sampai,aku lg berdebar,dia check jalan & kata dah bole bersalin tp air ketuban belum pecah,doc cuba pecahkan,akhirnya pecah juga.doc kata tunggu ada contraction pastu boleh push,aku sempat tgk jam dah pukul 4am.kali ni memang aku terasa bgimana rasanya utk melhirkan seorg insan kedunia,sbb masa adam dulu aku diberi epidural hingga aku x terasa saat2 utk bersalin,sehinggakan doc terpaksa gunakan vacuum.
xtau mcmmana nak gambarkan perasaan saat2 melahirkan tuh,yg aku tau aku cuba push,nurse siap sediakan air bg aku minum,pastu try push lagi,en.azmi tolong sapu peluh ngan airmata aku.akhirnya hampi 20minit lahirlah seorg insan kedunia ini,aku dpt lihat saat anak aku ditarik keluar dgn tali pusat tg berjuntaian,dgn keseluruhan badan bayi yg bagai disaluti tepung doc tunjuk kat aku sebelum nurse amik utk dibersihkan, kemudian doc keluarkan uri,pastu sesi menjahit,aku xtau la bape jahitan yg kena,aku tgk jarum ubat bius,kemudian terasa jarum & benang yg menjahit,namun dah x terasa apa selain dr rasa syukur & lega kerana sumer dah selamat.
adrien aryan azmi telah selamat dilahirkan pada pukul 4.21am dgn berat 3.21kg

alhamdulillah..syukur kupanjat kehadrat Ilahi dgn kurniaan yg x terhingga ini..
nanti bersambung lagi,kalu ada masa aku nak menulis lagi,,,

mama aryan

Wednesday 7 December 2011

lasagna


eceh..org nak citer pasal masak aku pun nak citer gak..
sajer hari tu cuba2 buat lasagna,ntah la apa rasanya,tp adam makan banyak la,kakak & adik2 aku pun makan diorg kata ok,kalu anak buah aku konpom tambah sampai 3 kali,suka betul dia
nak tunjuk gambar ker?
heheh mcm malu lak,maklumla akak kan x bape nak pandai masak,rupa lasagna tu mmg x cantik la kalu dibandingkan dgn masterchef..hehe



inilah rupanya,letak dalam bekas ni jer utk membakar,kat umah aku tu mana ada bekas2 cantik jadi guna jek apa yg ada,janji ada hasilnya.yg penting hasilnya.
alhamdulillah 1st time cuba menjadi juga,sampaikan adam lepas balikpd hari tu nak lagi la..adam panggil roti je,nampaknya bole masak lagi nih sebab anak aku suka & perlu diperbaiki lagi.
azam thn baru,kena belajar memasak..hehe ini x tgk citer memasak kemain lagi aku,tp memasak hmmm..
sbb tu en.azmi dok perli2 aku kdg tu..tgk rancangan memasak bkn main lagi...tp masak itu la juga hari2

hahahah....


mama aryan

Thursday 1 December 2011

nak sambung citer lagi

kihkihkih...aku dah xder keje sampai nak buat entri byk2 kali pada hal citer 1 hari dah boleh abis...
lantakla yop udah blog kau punyer yer,hantam jer la..

ni gambar kat homestay yg kitorg duduk masa kat somban aritu,baya murah jek sebab mak mentua adik aku unyer kawan pemilik homestay nih..




homestay ni rumah teres setingkat ada 3 bilik,2 bilik air..selesa hiasan dalam rumah pun cantik,
siap aku cakap kat en.azmi kalu ada rumah sendiri nanti kan best,boleh buat deco2 macam nih,x pun kita panggil je eric leong tolong deco kan umah kita nanti ( eceh! berangan lebih xder maknanya)

perjalanan balik..kami balik ikut jalan lama jer,dlm perjalanan nampak orang tanam pokok dragonfruit, aku citer2 la dgn kakak aku pasal buah tu..sedap juice dia pun sedap, tetiba ada nampak org jual buah dragonfruit tepi jalan en.azmi terus berenti & beli buah tuh..mungkin dia ingat aku nak makan agaknya..


anak buah aku sempat lagi bergaya depan gerai nih..
abg ipar aku lak ntah dia beli apa,sejenis siput yg bernama lokam ke apatah aku pun x pasti.
balik tu diorg sumer singgah umah aku,abg ipar aku terus masak siput tu.
nak dijadikan cerita,puting si adam tertinggal lak kat homestay,risau lak aku malam kang dia xleh tido,skang nih malam jek dia guna puting tu,nasib baik jumpa yg lama,tp dia x bape nak yg tu,jd terpaksa la beli yg baru,
setakat ni dah 4 kali beli puting baru.
harap2 lepas ni adam nak berenti terus,x perlu guna puting lagi.

mama aryan

Wednesday 30 November 2011

cerita bersambung

assalamualaikum & salam sejahtera

aku nak sambung lagi citer pegi seromban hari tu..
alang-alang dah sampai ke sini kami amik keputusan nak gi lepak tepi pantai.lagipun aku memang nak bawa anak aku gi jalan2 maklumla dah lama tak bawa adam gi jenjalan,jadi kesempatan ni aku ambil utk bawa anak aku tu jenjalan la,pada hal aku nih bukannya larat sangat dah nak berjalan2,lg 3 minggu due tu,masih ada hati nak lepak2,xper yg penting sumer org gumbira..anak aku memang gumbira la..

kami lepak2 kat pantai teluk kemang jek,walapon cuaca x mengizinkan anak2 buah ngan adik aku tetap terjun laut gak..

 sewaktu sampai cuaca masih ok...org pun ramai kat sini nak cari parking pun susah.



sempat minum air kelapa & pekena laksa dulu..pastu jalan2 tengok barang2 yg ada dijual disekitar pantai, ok gak la,aku beli la baju utk kami 3 beranak..


hujan dah turun time nih...kami berangkat ke tempat lain lak,aku nak bawa adam ke muzium tentera lak,mesti dia suka...

Kat Muzium Tentera PD

 betapa gumbiranya adam berlari2 dalam hujan,sumer kenderaan tentera kat situ disebutnya lori

 dua beranak dalam keretapi yg x bergerak


ahkak pun nak interframe,1st time dtg dulu,aku tengah peknen kan adam.skang dtg aku peknen anak kedua lak..begambar ditempat yg sama okeh... 



 hajat hati nak masuk terowong PKM nih,tp masa kami pegi terowong tutup lak



happy tul adik & anak2 buah aku dpt melom[at dlm hujan




sempat lagi berteduh bawah sayap kapal terbang

nak sambung lagi citer nih???

tunggu je lah masa aku rajin..

mama aryan

Monday 28 November 2011

aqiqah & cukur jambul dailami darwisy & daeisha dinara

assalamualaikum & salam sejahtera

Ahad awal muharram hari tu gerak gi seremban sebab adik aku ada buat majlis aqiqah & cukur jambul anak2 dia.Buat kat umah mentua dia,kat taman tuanku jaafar,seremban.nak buat mcmmana kami dah xder mak ngan ayah.
perjalanan ke seremban,diiringi hujan yg kadang2 lebat,kadang2 tak,tiba kat R&R seremban jalan jem giler samapi exit seremban ingatkan apa rupa2nya ada eksiden,8 biji keta yg terlibat,tp yg hanginnyer bukan jalan kitorg,tp jalan sebelah sana,apa nak buat rakyat malaysia ni kan perihatin melampau,bukan nak menolong pun nak tolong tengok jer..
alhamdulillah akhirnya kami sampai juga ketempat yg dituju.adik aku dah tempah homestay utk kitorg, alhamdulillah selesa rumahnya.
lepas maghrib kitorg pegi kerumah mak mentua adik aku,x jauh pun taman sebelah jer...
 dua beradik dailami darwisy & daeisha dinara.. sepanjang majlis daeisha ni tido jer...



kakak2 aku pun turut serta menggunting rambut daeisha..
waktu nih aku dah balik homestay,sebab adam dah mengamok nak susu & nak tido..aku bawa balik hero2 dulu..diorg dok layan bola sepak,aku lak haruslah melayan mata utk tido..

daeisha..baru jek bape minggu x tengok..amboi dah berisi betul,adam lak suka sangat dengan baby,nak dukung je masalahnyer dia pun bukannyer besar sangat nak dukung daeisha nih..
nanti citer lagi pasal cuti2 kat PD nih..

mama aryan

cerita check up lagi

assalamualaikum & salam sejahtera

cerita check up lagi yer,bukan apa tak sampai sebulan lagi aku bakal melahirkan anak yang kedua,sebab tu la kena kerap pegi chwck up,2 minggu sekali lepas tu seminggu sekali lak.
appoinment pukul 11,tp masuk jek parking,parking penuh gilerr..terpaksa park kat celah2 jek,pegi kat tempat check up org ramai dah tu sistem penghawa dingin lak rosak.tuggu no.giliran pun agak lambat, anak aku lak dok lari sini sana,kubiarkan ajer,mujur dila ikut sekali,en.azmi pun ada,diorg la yg dok kejarkan adam.aku dok tengok je x larat nak bergerak kemana2.
jumpa doktor,cek tekanan darah..ok,pastu kena cucuk kancing gigi lak.
masa scan baby sumer ok,kepala memang dah ke bawah & x lama lagi mungkin akan masuk ke laluannya dah,alhamdulillah,peluang untuk aku bersalin normal memang besar,aku harap2 pun begitu juga la,berat anak aku pun dah 2.6kg.doktor anggarkan beratnya mungkin akan sama dengan berat adam dulu 2.85kg sewaktu dilahirkan.
lepas settle sumer ke bahagian pembayaran,sekali lagi sistem no.giliran lak rosak, tercangak2 aku nak dengar, petugas dikaunter pembayaran tu panggil nama aku,maklumla suara diorang slow2 jek.
settle sumer terus ke kg.baru amik kakak aku,kami nak terus balik kampung,hajat hati nak ler makan kat kg.baru tu,tp org punya la ramai.jadi terpaksa la cari kedai makan yg lain.
kami singgah makan kat tropika corner kat taman melawati agaknya,tepi highway tu la,aku suka konsep kedai tu,menarik & makanan pun sedap,nampaknya boleh datang makan lagi.
lepas tu teruskan perjalanan balik kg.
abag ipar aku col,papi pecah terpaksa singgah karak utk beli penyambung paip & aku lak teringin nak makan nih

durian..

jadi singgah tepi jalan,mujur ada org jual durian lagi,rembat la 7,8 bijik sedap gak.sesampai je kat umah terus ngadap durian,makan berebut memang best,aku xleh makan byk2 takut gak nak makan lebih2 jadi makan buat syarat jek,supaya x teringin sangat nanti

pastu nak makan ni lak

rambutan

mujur kat umah mentua aku ada sikit2 buah rambutan,jadi sebelum balik aku rembat dulu seplastik,ingat nak makan kat umah,tp masa singgah kat kg aku,buka plastik kat situ terus sumer makan sampai tinggal plastik jek..

perjalanan balik ok,lancar je..
lepas hantar k.ju kat kg.baru balik umah,kak datang amik adam.alhamdulillah adam tak menangis kali ni..
harap2 esok2 pun adam tak menangis kat rumah ibu dia...

mama aryan

Wednesday 16 November 2011

dah macam pengantin baru

dah ape hal lak tetiba nak letak gambar kawin bagai nih???

heheh...sajer la tingat zaman memula kawin dulu,bukan apa skang nih pegi n balik keje en.azmi yg amik, sampai umah pun sunyi,berdua jek,adam kat umah kak aku,jumaat malam baru aku amik.
jadi dah dok berdua ni rasa mcm memula kawin dulu lak..
sumer keje harusla dibuat bersama-sama..aku memasak wajib la en.azmi tolong,nak2 lak skang nih aku da x bape nak larat sangat,asyik sakit pinggang jek kalu berdiri lelama,
kalu dok bersila menumbuk cili tuh memamng payah la plak nak bangun.al-maklumler ahkak nih tradisional skettt...xnak guna blender,mesti nak menumbuk cili,bawang bagai gunakan lesung batu,lebih sedap katanyerr..kata ahkak laa..sedap kah???hanya akak jek yg tau..hehe & org2 yg memakan masakan akak tu la.
hari tu tingin nak makan kerang rebus,hmm..last2 air rebus kerang tuh kena perut,nasib baik sket jek,tp pedih gak la perut aku ni hah & ada kesan melecur sikit,pastu cepat2 isi minyak,alhamdulillah dah xde pape dah,tu lah kadang2 aku ni cuai sikit,sedap2 mengacau kerang rebus dlm periuk,tetiba hamik kau,melompat kene air panas..ada akak kat opis aku tuh lagi kesian tersiram air yg tengah mendidih atas perut,peknen gak tuh,dpt mc seminggu,sian dia..mujur pegi check baby xder pape,mesti dia lagi sakit,sebab kena banyak,aku nih nasib baik sikit jek.. harap2 lepas ni aku lebih berhati-hati,aku dah berhati2 tp dah nak jadi nak buat mcm mana yer x,mungkin ada dosa aku yg aku terlepas pandang nih...
dah x lama dah dalam sebulan lagi aku akan bersalin,Ya Allah lambat rasanya waktu berlalu,x sabar nak tengok wajah anak dalam perut aku nih..semoga segala urusan akan dipermudahkan..amin


mama aryan

Sunday 13 November 2011

macam2 si kenit nih


anak aku yg sorang nih.sekarang pantang nampak kamera,kalu aku amik jer kamera macam ni lah jadinyer...
mesti dia senget2 kan kepala,pastu senyum2 nak bergambar..hatta kalu tengah menangis pun kalu kita tala kamera kat dia,dia sempat senget2 kepala senyum..pastu sambung nangis okeh..
penat akak..

layan jer la gambar si kenit nih...sangat merindui adam ketika ini...





mama rindukan adam...tp nak buat macammana,mama terpaksa bagi ibu jaga adam.sbb skang xder sapa yg dpt jaga adam,nak antar nursery pun pendaftaran bole dibuat bulan 12,lgpun x lama lagi mama dah nak bersalin,jd mama bagi ibu jaga adam dulu.adam duduk baik2 dengan ibu yer..mama bukan x sayang adam tp mama terpaksa.opah kan dah balik kampung.mama tau opah pun sedih nak tinggalkan adam,sebab kata opah adam budak baik,x penah buat hal..mama tau anak mama mmg baikkan,cuma kalu dengan mama jer adam nakal kan...
tiap2 hari rasa sunyi tanpa kerenah adam,tp nak buat mcm mana,aku pun xder pilihan lain.aku sedih setiap kali tinggalkan adam umah kak aku mest hari pertama dia menangis..aku pun menangis juga..sedih tinggalkan adam.aku tatau mcm mana seorg ibu bole tinggalkan anaknya selepas dilahirkan,apa xder hati & perasaankah ibu itu?ada yg kena buang dlm tong sampah,diikat dlm plastik sampah..kejam sgtkah hati seorang ibu?sedangkan aku tinggalkan anak pada kakak sekejap pun rasa dah x senang hati...
kalu bole tiap2 malam aku menangis..ntah lah manusia ni x sama kan?..
aku berharap cepatlah semua ni berlalu..agar aku tidak berpisah lama2 dengan anak aku lagi..


mama aryan 

Saturday 12 November 2011

11.11.11


cantik tarikh ni kan? mesti ramai amik peluang utk menjadikan tarikh ni sesuatu yg istimewa,bagi aku xder apa2 yg istimewa pun.
cuma aku & adik2 kat opis tuh buat makan2..hehe asyik makan je yer..
aku sebenarnya tatau nak masak apa,maklumla x bape nak larat dah nak memasak.tp kalu bawak perut jek x best lak.jd mlm sebelum tuh aku ajak en.azmi gi giant beli bahan2 utk buat triffle,jd mlm tuh yg jd masterchef aku la..yg jd pelajar tentu la en.azmi,aku minta dia tolong aku buat triffle tuh,bkn apa senang jek buat mende tuh,alih2 en.azmi pun sibuk nak sebekas nak bawa gi opis dia.
mulanya aku nak buat guna buah strawbery tp buah tu xder lak kat giant,jd aku guna apa jek buah yg ada.
hasilnyer beginilah akhirnyer,xder la cantik mcm org lain buat tp sedap la bila dimakan,bukan nak puji suami sendiri tp kengkawan aku yg ckp mcm tuh..hehe

gambar dari permukaan atas jek,aku buat 3 lapis sebenarnya,aku  guna buah peach je,akhirnya sumer kengkawan nak amik resepi..hehe..

semangat adik2 akak nih bergambar..

antara menu2 yg ada,nasi impit,kuah kacang,spaghetti,ikan bilis goreng pedas,rendang daging korban,kopok goreng...

makan spaghetti dengan sambal bilis pedas mmg mabelles..berair idung

semangat makan..licin pinggan..

ahkak pun nak interframe...x sedar kat atas meja tuh keje berlambak2..keje keje jugak makan tetap okeh...


mama aryan

Tuesday 8 November 2011

check up lagik

assalamualaikum & salam sejahtera

sabtu lepas pegi check dengan doc norleen kat demc,dah buat appoinment awal2 lagi.
macam biasa timbang berat(aku x pecaya okeh berat aku masih 55kg,sepanjang peknen cuma naik 5kilo jek?) masa adam dulu naik berkilo2 juga.ni dah 8bln lebih masih 55kg,rasanya makan dah cukup banyak,tp xper la yg penting anak dalam kandungan aku nih sihat.
masuk dalam bilik doctor,adam ngan en.azmi pun ikut juga,adam macam biasa buat bilik doktor mcm bilik sendiri,aku bgtau adam,inila doktor yg sambuat dia dulu,dia pegi salam dgn doc norleen tuh,pastuh mula la jalan2 tengok barang2 yg ada dalam bilik tu.
masa doc check tuh semua ok,cuma aku tanya doc masalah yg aku hadapi baru2 nih,mujur doktor kata itu xder apa2 cuma doc bagi juga ubat takut apa2 terjadi nanti,alhamdulillah setakat ni masalah tuh tak muncul2 lagi.
adam lak dalam bilik doc tuh nampak crane mula la dia..bumblebee..doc siap tanya bummblebee tuh apa aku ckp robot dlm transformer..hehe..mcm2 la adam nih
masa scan alhamdulillah baby dah berpusing x songsang lagik & aku berharap dia x berpusing2 lagik.
doc ckp pandai lak bajet yer,2 tahun dapat sorang lagi..hehe aku mmg bajet adam 2thn nak dpt baby lagi,bkn apa umur dah meningkat,lambat2 nanti susah juga yer,masa scan tuh konpom anak aku boy, dpt la adam kawan main bola nanti.
lepas check up kami pegi beli barang baby sket lagik,aku xnak beli banyak2 sebab baju2 adam dulu masih elok lagi,aku cuma beli sikit2 jer,maklumla org baru kena juga ada barang baru ye tak?
alhamdulillah semua dah settle,cuma aku rasa berdebar2 juga utk menanti kelahiran org baru ini nanti..
Ya Allah semoga segala urusan hamba-Mu ini dipermudahkan nanti.

mama aryan

sunyi tanpa adam


sunyi lak rumah sebab budak kenit nih takder...aku terpaksa tinggalkan adam kat umah kak aku minggu nih sebab opah dah balik kampung sebelum raya hari tuh dan x balik sini semula,jadi aku xder pilihan lain melainkan minta kak aku tolong jagakan adam. jadi aku terpaksa la tinggalkan adam kat umah kak aku.
nak cari pengasuh baru,alang2 jek sebab dalam sebulan lebih je lagi aku dah nak bersalin.minggu ni jer aku bagi kak aku jaga,minggu depan mak mentua aku akan datang umah jaga adam sampai aku bersalin..
aku bukan apa sunyi bila balik umah adam takde,takde kawan nak gaduh,mujur sekarang en.azmi antar & amik aku dari opis,jadi xder larr terasa sangat,kalu aku sampai umah sorang2 adam xder mau meroyan aku dibuatnyer..
aku sedih nak tinggalkan adam sebab dia x bape sihat tuh..mak mana yg x sedih nak tinggalkan anak kan?walapon aku tau kak aku akan jaga adam dengan baik,tp kalu boleh masa dia tak sihat nih nak la aku jaga dia.tp nak  buat macam mana aku terpaksa.dah la selalu kena tinggal,aku dah buat keputusan aku taknak pegi keje lagi pada hari sabtu,lagipun sekarang nih hari2 aku kena balik lambat tunggu en.azmi amik,pukul 7pm baru la dia sampai opis ni ha.
aku nak pegi tengok adam kat umah akak aku pun susah juga,nanti masa aku nak balik mesti dia nangis lagi,jadi kak aku kata tak payah la datang,nanti hari  jumaat datang la amik dia.
sedih & sunyi rasanya hati aku ni...isk3

mama aryan

Sunday 30 October 2011

pishh...

assalamualaikum & salam sejahtera

dah lama tak hupdate rasanya,maklumla agak bizi dgn keje,balik umah dah penat jadi apa nak tulis dah tertangguh.
sekarang tiap2 minggu kene kerje,penat jgn cakapla,balik umah sakit2 badan.tp apa nak buat dan nama  pun keje.sibuk ni pun sebab tahun ni banci je,kalu tak,xderlah bizi sangat.sampaikan dah lama x bawa anak aku g jalan2,jadi ahad aritu kesian dgn anak aku ngan en.azami bawa adam jalan2 tengok ikan kat akuarium seksyen 2 shah alam dekat dengan tasik tu jer,xderla bawa jalan jauh pun hehe..nak bawa g jauh2 aku pun x larat..
walapon tempat tu biasa2 jer tp org tetap ramai..

bapak ngan anak semangat tengok ikan,tp adam takut2 gak tengok ikan banyak2 & besar2 nih..akak macam biasa tukang amik gambar jek larr..sekali tgk gambar nih teringat citer pirana lak aku..

ini namanya patin putih,akak tatau la sama ke tak dengan patin temerloh yg glemer tuh..eceh! glemer ke patin temerloh tu? sila abaikan flash kamera akak tu..biasala akak bukannyer pro bab2 amik gambor nih..yg penting ada gambar jek..
anak-beranak lagik tengok ikan..ikan2 disini selain dipamerkan juga untuk dijual..sapa2 nak beli silakan,siap dengan akuarium lagik,dulu penah la aku beli akuarium dengan kat sini,tp bila ikan yg dibeli tu mati,terus akuarium tu dok diam2 kat dalam stor,mmg niat nak bela lagik,tp xder masa nak gi beli ikan,ni pun dtg tgk ikan2 ni sebab adam selalu sebut pishh...pishh..maksudnyer ikan la tuh & mmg dia suka makan ikan x mcm aku..

tengok la ikan ni..ni antara yg termahal rm9888,wah mmg akak xkan beli la,walapon waktu tuh akak banyak duit..hehe..tp kalu penggemar ikan mungkin beli la kot..
kalu x salah ini flower horn..hehe aku bukannya kenal sangat ikan2 nih..

tulah citer sepetang kami ni akuarium,nak jalan2 kat tasik,org sangat ramai,jadi lepas tu kami balik rumah, lagipun sekarang nih akak ni bukannyer larat nak jalan jauh2,maklum la dah tua..hehe,lgpun akak peknen kali ni memang kurang larat sket..mungkin sebab dah tua la ni...hehe

mama aryan

Tuesday 18 October 2011

budak ini sangat rajin lorrr.

assalamualaikum & salam sejahtera

citer budak kecik ni lagik,sangat rajin sekarang nih..
layan gambar jer la





budak ini sangat rajin menyapu okeh..tengok la tu,kalu dpt penyapu memang susah nak lepas

sila abaikan sampah2 yg berada dibelakang tuh yer,x sempat nak dikemas

mama aryan

Monday 17 October 2011

BSP??

assalamualaikum & salam sejahtera

hmm..lama gak x update kat sini,agak bz sekarang ni,sabtu keje.kalu bole ahad pun nak kena keje..xper la nak buat mcmmana kan?selagi belum tutup mata..keje..keje..
yang aku nak citer bukan pasal keje,tp pasal check up peknen aku semalam.
semalam buat BSP,aku tatau la apa maksud bsp tuh,dah doc suruh buat,aku buat jek.
disebabkan kena pegi sampai 4 kali aku amik keputusan utk bercuti sahaja.walapon cuti aku tetap pegi opis,malas nak balik umah sebab,opis lebih dekat dgn klinik.lagipun gi buat bsp tu pun bukannya lama x sampai 5minit pun,en.azmi pun aku kata xyah cuti,aku bole pegi sendiri,nak2 lak sekarang dah senang nak parking,xyah nak berebut mcm dulu.
pepagi mcm bia aku kena puasa bermula dr 10mlm,pastu 8.30am aku kena gi klinik utk dicucuk,bacaan kandungan gula adalah 3.8,abis x sampai 5minit aku blk opis,buat keje apa yg patut,8.40am aku kena makan pagi,pukul 10.40am,2 jam kemudian aku kena pegi cucuk balik,bacaannya 5.9.pastu aku balik opis semula.12.30pm aku kena makan tengahhari.pastu kul 2pm aku kena gi klinik cucuk lagik.bacaan 5.4.pastu aku terus balik umah,sebab lepas tu aku kena gi klinik 2jam lepas makan malam,jadi kul 8mlm nanti aku kena g klinik lagi.
sampai umah pukul 3,xder apa yg nak dibuat,nak amik adam pun mesti dia tengah tido nih,jadi aku pun amik kesempatan bersenang2 sendirian kat umah,merehat2kan pinggang yg selalu lenguh sambil tgk tv & terlelap seketika,sedar2 dah azan asar.aku mandi,solat asar & kuar pegi amik adam.
sesampai umah opah aku belum sempat buka pagar adam dah berlari2 sambil panggil aku,hmm..anak aku tuh bising suaranya.lepas adam salam dgn opah kami pun balik umah..aku bersiap utk memasak utk mkn malam,maklumla kena makan pukul 6,jadi aku masak awal la ptg ni,memandangkan dlm peti sejuk tu,lauk2 dah berkurangan,aku taram jek masak apa2 janji boleh dimakan,ayam dah xder yg ada ikan jek,jd utk en.azmi ngan adik2 aku masakkan ikan,utk aku telur goreng pun dah cukup sebab aku x bape gemarkan ikan.yg lain2 aku hentam je yg penting ada kuah,dalam tatau apa nak masak,siap juga 3jenis masakan.pukul 6 aku makan dulu dgn adam.pastu layan adam tgk citer kegemaran dia apalagi kalau bukan ipin&ipn.
pukul 7 azan maghrib,mand,solat,siap2 tggu en.azmi,nasib dia balik awal,sebab aku dah pesan jgn lambat malam nak kena g klinik.
7.30 kami gerak g klinik,adam suka la dpt naik keta jalan2,smpi klinik aku bgtau akak tu nak buat bsp,dia suh tggu jap sebab belum pukul 8 pd hal lg bape minit jek,dia kata nanti dia panggil,aku pun tuggu dgn penuh keboringan,aku tgk jam dah pukul 8 tp nama aku x dipanggil lagipun,sampai akak tu dah tukar signboard tutup tp nama aku dia x panggil2,jam dah 8.30 dia lak boleh makan2 kacang sambil borak,aku dah x larat tunggu,aku bangun tanya..x bole buat lagi ke?
astaghfirullah..akak lupa la..nasib abik aku tanya kalu x,sampai diorg balik la aku jd penunggu kat situ yg en.azmi lak dah lapar..
amik darah lagi..bacaan 5.9.akak tu ckp xder pape tu,aku tanya kalu teruk bape? akak tu kata jgn melebihi 7,padan la hari tu masa kali kedua minum air gula bacaan aku 7.1.jadinyer sekarang apa yg perlu dibuat utk mengurangkan kandungan gula tuh?nampaknyer aku kena kekalkan bacaan pada tahap 5 jek la. moga2 lepas ni xder masalah apa2 lagi la..penat dah tangan aku ni dok kena cucuk jek.
harap2 semua akan berjalan lancar lepas nih...amin


mama aryan


Wednesday 12 October 2011

chek up lagik

Assalamualaikum & salam sejahtera

hari ni g check up lagi & hari ni 1st time g check up sorang2,en.azmi takleh ikut sebab ada taklimat tentang sebutharga dekat jln.semarak,jadi pegi la aku sorang2.
hari ni aku kena minum air gula lg..x amik cuti pun hari ni,pegi keje cam biasa,pukul 8.15am aku keluar g klinik,hmm...5minit jer dah sampai,sampai2 org x ramai pun terus bgtau nak minum air gula,kali ni aku dpt air glukose kaler oren lak,rasanya mmg sgt manis,x mcm yg pertama kali aku minum dulu ada rasa masam2 sikit. aku minum laju2,sekejap jek,pastu balik opis semula,2jam kemudian aku kena g klinik balik. sesampai kat opis sempat lagi la buat keje apa yg patut,yer la..akak kan giler keje.
10.15am aku keluar ke klinik semula,alhamdulillah org x ramai jd cepat la aku jumpa doktor utk wat check up yg seterusnya.blood test aku nampaknyer turun lagi,bulan lepas 11 bulan ni turun 10,berat aku juga turun 2kilo,kandungan gula agak tinggi 7.1.wah aku pun xtau la apa akan jadi,
aku tanya doktor apa kesannya kalu darah berkurangan?doktor cakap takut bahaya masa lepas melahirkan baby, takut rahim lambat kecut mungkin akan berlaku pendarahan,dan kenapa kandungan gula boleh tinggi? doktor kata faktor usia juga memainkan peranan sebab tu doktor x galakkan pregnant pada usia lebih 35thn,jadinyer lepas nih aku xleh pregnant lagi lah..tp tatau la kalu ada rezeki lagi,dan bila kandungan gula tinggi takut baby akan membesar & mungkin susah juga utk bersalin normal.masa scan tadi pun,kedudukan baby masih songang kepala masih diatas,harap2 masa nak bersalin nanti anak aku nih akan berpusing la,aku takut untuk dibedah.
nampaknyer lepas nih kena makan kerang & bayam banyak2 la utk tambah darah,makan la sampai muntah..hehehe..apa yg penting anak aku x apa2.
masa scan tadi baby sumer ok,berat dia baru 1.7kg,usia kandungan aku dah masuk 30miggu,maknanya ada dlm 2bulan lagi la utk aku lihat anak yg ada dalam perut aku nih..hmmm x sabar aku nak tgk anak aku nih. td doktor ckp,jgn percaya 100% pd jantina yg dia ckp sebab sumer kuasa Allah..aku tau aku x kisah pun sama ada boy @ girl asalkan anak aku sihat,sempurna & selamat dilahirkan itu dah cukup aku bersyukur. td pun doktor dah x tengok jantina anak aku,dia tgk yg lain2 jek,ukuran kepala,kaki sumer & tengok jantung anakku berdegup seperti biasa itu dah memadai.
Semoga anak2 ku terus sihat dan semoga Allah permudahkan segala urusanku,dan semoga aku dpt melahirkan anakku ini dengan mudah nanti..insyaallah..
doakan aku yer kawan2...


adam aryan bakal dapat adik..harap anakku ini akan jadi abang yg baik pada adiknyer...

mama aryan

Monday 10 October 2011

hepi besday papa aryan

Assalamualaikum & salam sejahtera



9 oktober 2011..besday suami aku,sayangnya xder celebrate pun,aku kena g taklimat & aku pun lupa hari tu besday en.azmi kihkihkih...teruk sungguh,dah la x belikan apa2 hadiah pun,tp nanti la aku belikan tu pun kalu aku ingat lagi.sebenarnya kalu nak cakap secara jujur aku ni x reti nak beli hadiah kat en.azmi ni,dulu2 aku beli kemeja jer,selebihnye kalu aku tanya nak apa dia akan kata "simpan je duit tu.." ëceh pada hal aku tau mesti dia nak hadiah tu..hehe nak kaber la tuh,bg nampak x eksaited sgt...

sudahnyer semalam aku belikan kek tiramisu



en.azmi suka kek ni,setakat yg aku tau la sebab setiap kali aku beli mesti dia abiskan,tu pun semalam aku belikan 2 slice jek,xder la nak tiup lilin bagai,aku beli letak dalam peti ais,masa dia balik pun aku xder la ckp direct yg aku beli kek tu utk dia,aku ckp ngan adam jek "gi amik kek makan ngan papa.."nampak x romantik langsung aku nih...geli ahkaks nak romantik you...
tp aku nak beli ni nanti..


sebab akak suka bau perfume nih...dari mula kawin sampai la skang dia x penah tukar perfume lagik.eceh dah tulis kat sini lak,tetiba aku x jadik beli..kehkehkeh,buat malu jek,harap2 en.azmi x baca entri nih,lgpun perfume dia x abis lg,so lambat lg la baru beli..tgk mcm kedekut pun ada nih...

apapun buat suamiku..hepy besday semoga pjg umur,murah rezeki & hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat..amin

mama aryan