berkongsi masakan yang pernah mama masak untuk anak-anak mama,mama tidaklah pandai memasak sekadar mencuba untuk anak-anak. Mungkin boleh dijadikan panduan oleh anak dara mama untuk memasak suatu hari nanti
Sunday, 24 May 2015
spaghetti meat ball
Assalamualaikum...
Jamuan di ofis mama baru-baru ni sempena dengan majlis perpisahan seorang rakan yang dapat bertukar ke putrajaya.
Majlis kecil-kecil sahaja,ada permintaan untuk mama masak spaghetti..wahhh seronoknya bila ada orang yang minta mama masak,terasa dihargai gitu dan terasa masakan mama tu sedap pulak,apatah lagi kalau sekejap je dah licin masakan yang mama masak tu...
inilah yang kawan-kawan minta mama masak.
Bahan-bahan :
1 biji bawang holland (dipotong dadu)
5 ulas bawang putih )diketuk dan dipotong kecil)
1 biji tomato (dipotong dadu)
500gm daging cincang ramly
meatball (ikutlah nak isi banyak mana...hehehe)
1 botol sos spaghetti (apa-apa jenama)
1 tin tomato puree
1 tin slice mushroom (jika suka,jika tidak letak pun boleh)
Cara membuatnya :
Tumiskan bawang sehingga naik bau.
Kemudian masukkan daging cincang,masak sehingga kering air daging.
selepas itu masukkan tomato yang telah dicincang, sos spaghetti,tomato puree, cendawan.. masukkan air dan sesuaikan kepekatan/kecairan yang dikehendaki.
akhir sekali masukkan meatball.
tutup api masukkan garam, sesuaikan rasa.
Selamat mencuba.
Wassalam
Labels:
mama masak apa tu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sedap nampaknya tu..
ReplyDeleteresepi paling mudah nak buat kalau ada tetamu,,,hihi...
ReplyDeleteSinggah blogwalking.... :)
Nak tahu ade diabetes ke tak?Jom cek kat sini:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/tanda-tanda-diabetes-yang-anda-mesti.html
suka jugak buat spegheti ni hihihihi. akak ada resepi lasagna tak?
ReplyDelete