Sunday 8 January 2012

3 tahun dah yerrr



assalamualaikum & salam sejahtera

nape lak citer2 aku akhir2 ni berkait dgn nombor lak ye..biasala akhir tahun byk perkara yg terjadi.
pada hal citer dah agak lama,tp baru sempat nak tulis.
penghujung tahun banyak peristiwa yg berlaku dlm hidup aku.
salah satunya adalah anniversary aku la dgn en.azmi diam tak diam dah 3 tahun usia perkahwinan kami, rasa mcm masih baru lagi & kadang2 rasa mcm main pondok2 jek kui3.
sepanjang 3 tahun perkahwinan nih alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik,gaduh2 manja tuh biasa la,bukan gaduh apapun aku saja je carik pasal sebab mana best hidup xder gaduh2 kan?hehe..lagipun setakat ni en.azmi adalah suami yg baik buat aku,walapon bukan seorang yg sempurna,biasala manusia mana yg sempurna kan?tapi dia tetap suami yg baik buat aku.apa saja kehendak aku seboleh2nya dia akan tunaikan,tp xder la aku inta yg mengarut2,aku pun tahu setakat mana kemampuan dia & aku juga cuba utk menjadi seorang isteri yg baik,walapon sampai sekarang aku tau aku belum mampu menjadi yg terbaik, contohnya aku masih belum pandai utk memasak,padahal kalu tengok rancangan masterchef kemain lg,bkn setakat yg Malaysia, australia,america sumer aku tgk,tp skill memasak belum ado lagi..hehe
dan dah 3 tahun usia perkahwinan kami ni,alhamdulilah kami dah dikurniakan 2 cahayamata,kedua2nya lelaki,kalu bole aku nak ada baby girl gak,bagi ada geng aku,ada member aku kata,'amboi belum abis pantang dah pikir nak anak lagi?' hehe..aku hanya bgtau apa yg aku nak,itu terpulang kepada rezeki yg Allah nak bagi,kalu dah ditentukan 2 je anak yg aku ada,maka aku bersyukur dengan apa yg aku ada sekarang nih,kalu ada rezeki lagi insyaallah,aku nak sorg lagi itupun aku target last aku nak peknen umur aku 35 je,lepas tuh kalu bole nak stop dah,sebab rasa mcm dah tua nih x larat lak nak bawa perut hehe...
tu la dah tua baru nak kawin kan?tengok kengkawan anak2 diorg dah sekolah,aku? anak pertama baru 2 tahun,yg kedua baru sebulan,kadang2 rasa mcm rugi jer tak kawin awal,kalu x mesti anak dah besarkan? tp semua tu dah ditentukan oleh Allah,kita hanya mampu merancang,Allah juga punya perancangan utk aku,jadi perangcangan Dia adalah yg terbaik utk aku dan aku bersyukur dengan jodoh yg telah ditentukan oleh-Nya.
Sesungguhnya Dia lebih mengetahui segala yg nyata dan yg tersembunyi.
aku berdoa semoga jodoh ini berkekalan hingga ke akhir hayat seperti jodoh arwah mak & ayah sehidup & semati..insyaallah.
Sebenarnya pada 27hb disember 2011,hampir saja aku terlupa anniversary kami,tp pepagi aku terima msg dr en.azmi mengucapkan selamat hari ulangtahun..haha biasanya lelaki x amik peduli sangat pasal tarikh2 nih,bg sesetengah org la,ada sesetengahnya ingat sumer tarikh,alhamdulillah en.azmi ingat tarikh2 penting itu,aku lak yg terlupa kih3,xder bunga,hadiah sekadar ucapan sahaja,itu dah memadai sebab dia ingat gak,lagipun waktu tuh aku tgh berpantang kat umah kak aku lg.
apa2 pun semoga ikatan perkahwinan ini akan terus dilalui dgn ceria & bahagia dgn kehadiran cahayamata yg comel2 mcm aku (perasan lak hehe) & dikelilingi oleh family & kawan2 yg baik & sentiasa memberi sokongan.


xder gambar baru..letak gambar lama


mama aryan

3 comments:

  1. semoga kekal bahagia hingga akhir hayat.. setiap yang Allah rancang adalah yang terbaik utk kita.. semoga lps ni dpt baby girl plak.. hehe..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. insyaallah ira..kalu ada rezeki,kalu xder pun dah bersyukur dgn apa yg ada sekarang ni..

    ReplyDelete