Tuesday 8 November 2011

sunyi tanpa adam


sunyi lak rumah sebab budak kenit nih takder...aku terpaksa tinggalkan adam kat umah kak aku minggu nih sebab opah dah balik kampung sebelum raya hari tuh dan x balik sini semula,jadi aku xder pilihan lain melainkan minta kak aku tolong jagakan adam. jadi aku terpaksa la tinggalkan adam kat umah kak aku.
nak cari pengasuh baru,alang2 jek sebab dalam sebulan lebih je lagi aku dah nak bersalin.minggu ni jer aku bagi kak aku jaga,minggu depan mak mentua aku akan datang umah jaga adam sampai aku bersalin..
aku bukan apa sunyi bila balik umah adam takde,takde kawan nak gaduh,mujur sekarang en.azmi antar & amik aku dari opis,jadi xder larr terasa sangat,kalu aku sampai umah sorang2 adam xder mau meroyan aku dibuatnyer..
aku sedih nak tinggalkan adam sebab dia x bape sihat tuh..mak mana yg x sedih nak tinggalkan anak kan?walapon aku tau kak aku akan jaga adam dengan baik,tp kalu boleh masa dia tak sihat nih nak la aku jaga dia.tp nak  buat macam mana aku terpaksa.dah la selalu kena tinggal,aku dah buat keputusan aku taknak pegi keje lagi pada hari sabtu,lagipun sekarang nih hari2 aku kena balik lambat tunggu en.azmi amik,pukul 7pm baru la dia sampai opis ni ha.
aku nak pegi tengok adam kat umah akak aku pun susah juga,nanti masa aku nak balik mesti dia nangis lagi,jadi kak aku kata tak payah la datang,nanti hari  jumaat datang la amik dia.
sedih & sunyi rasanya hati aku ni...isk3

mama aryan

No comments:

Post a Comment