Friday 1 July 2011

maafkan aku sahabat..

assalamualaikum & salam sejahtera

ntah bagaimana aku nak mula citer ni,perasaan aku bercampur2,mujur di opis kalu dirumah aku dpt berita ni tentu dah berbaldi2 airmata aku ni agaknya.
seorang sahabatku dari form 3,kami sentiasa berkongsi citer suka-duka anak remaja,dimana ada dia,disitu ada aku,sepanjang masa bersama dikelas duduk bersama,dikelas KH pun bersama2.
masih aku ingat lagi masa kerja kayu utk kelas KH,cikgu suruh tulis nama kat kayu2 kami tu supaya x tertukar dgn kayu rakan2 lain,kawan aku letak nama Liz,aku lak x pasal2 gatai tangan taruk nama 'Fiona' al-maklumlah time tu kan glamer group 4U2C dgn lagu fiona,dgn harapan esoknyer aku akan amik sendiri kayu2 tu,
tapi malangnyer..esoknyer ckigu panggil sorang2 nama kami,aku dah m'gelabah biawak dah time tuh.pun begitu apa bole aku lakukan pasrah menunggu nama dipanggil,bila cikgu panggil nama aku, sume bersorak 'uiyoo..fiona' bermula dari hari tuh lekatlah nama fiona tu dgn aku,mcm dah sebati lak,hinggakan cikgu zuki tu dah xtau nama sebenar aku,kau ingat x liza?aku tau walau seribu kali aku bertanya tentu kau xkan jawab.
memang..memang aku teringin sangat nak jumpa kau liza,setiap kali lalu kat umah kau aku nak singgak tp ntah kenapa,aku x penah singgah dan akhirnya lepas sekolah dalam sibuk mencari haluan hidup sendiri dan membina kerjaya,aku rasa kita semakin jauh,bukan..bukan aku tak ingatkan kau,malah kau sentiasa dlm ingatan aku,tp ntah la kenapa,mgkn kekangan waktu yg x memungkinkan kita utk bertemu (ah..adakah itu alasan aku @ mungkin Allah tidak mengizinkan kita utk bertemu?0) aku sendiri x dpt utk mencari jawapannya. pada hal dulu,rumah kau adalah rumah aku.setiap kali raya kita pasti berkumpul bersama nana,aidah,rozi,miza,ida..kawan2 kalu korg baca korang ingat x lagi kenangan waktu tu?bila aku buka kembali album lama,airmata ini bagaikan mahu jatuh bertali arus.
berita yang nana berikan pada aku masa aku bertaklimat itu cukup memeritkan aku,katanya..liza telah kembali ke rahmatullah,hati siapa yg akan tahan mendengar berita seperti itu?sedangkan dulu aku lah sahabat yg paling rapat dengannya,tp aku sendiri tidak tahu selama ini kau menderita sakit leukimia,betapa tidak prihatinnya aku sbgi sahabatmu & betapa pandainya kau menyimpan rahsia ttg penyakitmu,sedangkan ada diantara kami yg perasan dgn keadaan dirimu waktu itu,tp setiap kali berjumpa kita asyik bergelak ketawa hingga terlupa ttg cerita duka, maafkan aku sahabat..aku kira aku dpt bertemu dgnmu utk menceritakan ttg cerita kita lg setelah berkerja & membina keluarga,sayangnya kau dijemput Allah lbh awal dari kami,yang paling menyedihkan aku permintaan terakhirmu tidak dapat dipenuhi,betapa kau ingin bertemu dgn kawan2mu (sudah pastilah aku,nana,aidah,miza,ida,rozie),maafkan aku sahabat kealpaan ini menjadikan aku seorang perindu.rindu wajahmu,rindu senyum manismu...Ya Allah aku mohon pada-Mu Kau tempatkanlah sahabatku Saliza Bt Abu Kassim disisi orang2 yg kau redhai,semoga rohmu dicucuri rahmat...amin.
tak lupa juga buat sahabatku Khairuddin Bin Jama yang telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalanraya,itupun baru je kami jejak kasih,dia sempat hadir kemajlis perkahwinan aku dan en.azmi.tp x lama lepas tu aku dpt berita dia dijemput Ilahi dlm satu kemalangan jalanraya,seminggu sebelum tarikh dia bertunang, yg menyedihkan aku bakal tunangnya juga adalah sahabat baik aku,Tuty semoga kau tabah menghadapi segala dugaan,aku tau allah lbh mengetahui apa yg terbaik buat hamba-Nya dan Dia xkan beri dugaan jika Dia tau kita x mampu utk menghadapinya (wah aku bercakap mcm bagus jer,sedangkan aku sendiri takut utk memikirkan hari2 yg mendatang,bagaimanakah kehidupanku nanti?)
Ya Allah semoga kau permudahkan segala urusan aku,keluarga dan rakan2 ku.

Wassalam

mama aryan

No comments:

Post a Comment